Protes anti kerajaan yang sedang berlaku di Hong Kong ketika ini dilihat bakal memberi kesan terhadap perlawanan persahabatan antarabangsa pasukan negara tersebut menentang Malaysia dimana Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mungkin membatalkan perlawanan terbabit.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menegaskan keputusan sama ada perlawanan persahabatan dibatalkan atau diteruskan bergantung kepada persetujuan bersama di antara FAM dan badan induk bola sepak Hong Kong dimana kedua-dua belah pihak meletakkan isu keselamatan pemain sebagai perkara penting.

Perlawanan
Sumber Gambar: FAM

“Setakat ini tiada ‘red flag’ atau ‘risiko tinggi’ untuk pasukan negara kerana mereka (Hong Kong) tidak berdepan isu keselamatan bola sepak dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia di sana baru-baru ini.

“Tetapi situasi ini boleh berubah bila-bila masa sahaja dan FAM bersama Persatuan Bola Sepak Hong Kong amat peka mengenainya.

“Dalam perjanjian bersama mereka, kami dah setuju untuk membatalkan aksi tersebut jika keadaan tidak membenarkan dan pilihan lain adalah mengadakan perlawanan di Malaysia dengan persetujuan mereka,” katanya menurut laporan Stadium Astro.

Perlawanan menentang Hong Kong merupakan aksi penutup buat skuad Harimau Malaya pada Oktober ini dalam misi memperbaiki ranking dunia tatkala Malaysia kini menghuni kedudukan ke-158.

Perlawanan
Sumber Gambar: South China Morning Post

Protes yang berlarutan sejak beberapa bulan lalu itu kerana membantah pindaan baharu dalam rang undang-undang ekstradisi kerajaan, yang jika diluluskan, akan membenarkan pelarian dipindah ke kawasan di mana Hong Kong tidak mempunyai bidang kuasa atau mencapai sebarang persetujuan.

Penunjuk perasaan menuntut kerajaan agar menarik balik pindaan tersebut, namun tuntutan itu tidak dilayan pihak pemerintah tempatan.

Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan di sini:

Sri Lanka Uji Kekuatan Harimau Malaya Sebelum Bertemu Vietnam

Tan Cheng Hoe Jelaskan Sebab Aidil Zafuan Dan Halim Saari Dipanggil Ke Skuad Kebangsaan

FIFA Ranking: Malaysia Naik 1 Tangga, Pintas Indonesia Untuk Berada Di Kedudukan 158 Dunia