J. league semalam mengumumkan perlawanan akhir Levain Cup diantara Kashiwa Reysol Menentang FC Tokyo yang dijadualkan berlangsung pada hari sabtu ini terpaksa ditunda selepas beberapa pemain dan jurulatih Kashiwa Reysol didapati positif wabak COVID-19.

82 pemain dan staff Kashiwa Reysol telah menjalani ujian saringan COVID-19 minggu lepas.

Keputusan ujian mendapati jurulatih pasukan, Nelshinho Baptista serta 8 pegawai dan 2 orang pemain disahkan positif menjadikan jumlah keseluruhan yang dijangkiti wabak pandemik itu ialah 13 orang.

17623

Menurut kenyataan daripada Reysol, pemain dan pegawai pasukan menuju ke Sendai pada hari isnin lepas untuk perlawanan J League 1 menentang Vegalta Sendai. Perlawanan tersebut turut ditunda selepas pemain dan jurulatih mula menunjukkan simptom COVID-19.

“Walaupun lebih daripada 10 orang telah dijangkiti, kami masih belum mengetahui kawasan yang mereka telah pergi,” kata Pengarah J. League, Mitsuru Murai.

“Untuk melindungi keselamatan pemain, kami membuat keputusan untuk menangguhkan pertandingan. Kami tahu banyak peminat menantikan perlawanan ini. … Kami akan terus bekerjasama dengan kelab untuk menentukan tarikh baharu,” jelasnya.

Kashiwa menjadi kelab kedua J-League yang dijangkiti wabak tersebut selepas Sagan Tosu bulan Ogos lepas. Presiden kelab, Ryuichiro Takikawa menyatakan pihaknya sukar untuk membarisi minimum 14 orang pemain untuk satu perlawanan kerana khuatir lebih ramai pemain akan dijangkiti.

Murai turut menjelaskan penjadualan semula perlawanan akhir itu tidak mudah kerana FC Tokyo akan ke Doha untuk menyertai saingan AFC Champions League minggu depan.

“Kita harus melihat (penjadualan semula) dari beberapa sudut. Reysol perlu mengasingkan banyak orang dan mereka tidak akan dapat bermain pada masa itu. Kemungkinan kita akan mengadakan perlawanan pada tahun depan,”tambahnya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Sumareh Buat Penampilan Pertama Bersama Police Tero FC, Impak Positif Dipamerkan Berjaya Curi Tumpuan

Pemain Pertahanan FC Seoul Ditemui Mati, Disyaki Bunuh Diri

Diogo Luis Santo Bakal Lengkapkan Perpindahan Ke BG Pathum United Pada 17 November