Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) semalam mengumumkan perlawanan AFC Cup kumpulan H dan I (Zon ASEAN) yang dijadualkan berlangsung pada 22 Jun hingga 28 Jun 2021 telah dipinda ke satu tarikh lain.

Menurut kenyataan rasmi, tarikh baharu semua perlawanan kumpulan H ialah 29 Jun hingga 5 Julai manakala perlawanan yang melibatkan kumpulan I akan bermula pada 30 Jun hingga 6 Julai 2021.

Keputusan pindaan jadual itu dibuat setelah AFC mendapat tarikh baru perlawanan play-off AFC Champions League (Zon timur) iaitu pada 22 Jun 2021 dan ia turut melibatkan penyertaan pasukan daripada Zon ASEAN.

Bagaimanapun, Singapura kekal sebagai tuan rumah kumpulan H dan I yang akan berlangsung secara karnival susulan penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat di beberapa negara.

Malaysia diwakili oleh naib juara Liga Super 2020, Kedah Darul Aman (KDA FC) dan Terengganu FC.

KDA FC berada dalam Kumpulan H bersama kelab Liga Premier Singapura, Lion City Sailors dan wakil Vietnam, Saigon FC. Satu lagi lawan mereka akan diisi oleh pemenang ‘play-off’.

Manakala Terengganu FC pula berada dalam Kumpulan I bersama naib juara Liga Filipina, Kaya FC-Iloilo serta satu lagi pasukan dari Singapura, Geylang International. Bagaimanapun, wakil dari Myanmar telah menarik diri dan bakal digantikan oleh kelab Indonesia, Persipura Jayapura.

Persipura Jayapura sebelum ini berada diperingkat play-off ASEAN, menantikan pemenang dari perlawanan Visakha (Kemboja) bertemu Lalenok United (Timor Leste), namun selepas penarikan diri pasukan dari Myanmar tersebut, mereka akan diletakkan dalam kumpulan I untuk aksi 2021.

Baca artikel lain mengenai saingan peringkat Asia melalui pautan dibawah. 

Terengganu Bakal Berdepan Persipura Jayapura Dalam AFC Cup 2021 Selepas Shan United Tarik Diri

Format Karnival Jadi Pilihan Anjur Saingan AFC Champions League Dan AFC Cup 2021

Ini Mekanisme Undian Saingan AFC Champions League 2021 Yang Penyokong JDT Wajib Ambil Tahu

Mekanisme Undian Saingan AFC Cup 2021 Yang Perlu ‘Dihadam’ Peminat Kedah Dan Terengganu