Di awal penubuhan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 2013 lalu, pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menandatangani membuat tiga Marquee Signing iaitu Pablo Aimar, Simone Del Nero dan Dani Güiza bagi memberikan dimensi baharu terhadap pasukan.

Meskipun ketiga-tiga pemain ini beraksi dalam satu tempoh yang singkat, namun kehadiran mereka sentiasa diingati khususnya oleh peminat JDT sendiri.

Di sini, kami membawakan perkembangan semasa ketiga-tiga pemain setelah tujuh tahun meninggalkan saingan Liga Malaysia.

1. Pablo Aimar

Marquee Signing
Sumber Gambar: JST

Aimar menjadi nama terbesar dalam senarai tiga Marquee Signing JDT. Aimar hanya membuat 8 penampilan dan menjaringkan dua gol ekoran kecederaan yang dialami beliau.

Selepas meninggalkan skuad Harimau Selatan, Aimar kembali ke Argentina dan beliau pernah dilantik sebagai pembantu kepada Lionel Scaloni dalam skuad kebangsaan Argentina pada 2018 lalu.

2. Dani Güiza

Marquee Signing
Sumber Gambar: IB

Güiza terkenal dengan sloga “Berapa gol anda mahu” pada awal mula menyertai JDT. Akan tetapi, pemenang UEFA Euro 2008 ini gagal untuk menampilkan potensi sebenar dimana beliau hanya menjaringkan 6 gol dalam saingan Liga Super musim 2013.

Kini, Güiza beraksi bersama Atlético Sanluqueño di Divisyen Ketiga bola sepak Sepanyol.

3. Simone Del Nero

Marquee Signing
Simone Del Nero. Sumber Gambar: Goal.com

Del Nero tiba di Johor bersama-sama Dani Güiza. Kecederaan menjadi penghalang kepada beliau untuk tampil konsisten bersama JDT. Pihak kelab menawarkan Del Nero untuk beraksi bersama JDT II namun beliau menolak tawaran tersebut dan kemudiannya meninggalkan pasukan.

Setelah meninggalkan JDT, Del Nero kembali ke Itali dan ketika ini beliau beraksi bersama SCD Rivasamba di Divisyen Keempat liga bola sepak Itali.

Baca artikel lain mengenai Johor Darul Ta’zim di sini:

Siapa Yang Bakal Kehilangan Tempat Jika Mohamadou Sumareh Menyertai JDT?

ASEANFootball: Perpindahan Mohamadou Sumareh Ke JDT Bakal Jadi Kenyataan Hujung Tahun Ini.

JDT, Pahang Dan Kedah Ke Asia Tahun Depan Jika Saingan Liga Malaysia 2020 Dibatalkan