Malaysia sah akan bertemu Jepun dalam saingan kalah mati 16 pasukan terbaik acara bola sepak Sukan Asia 2018 di Indonesia.

Jepun seperti yang semua sudah sedia maklum, mereka hanya menghantar pasukan U21tanpa seorang pun pemain lebih umur disenaraikan kerana bagi mereka ini adalah salah satu simulasi kejohanan besar sebenar menjelang Sukan Olimpik 2020 di Tokyo nanti.

Skuad muda Jepun ini tidak ramai dikenali oleh penyokong Malaysia dan kami telah memutuskan untuk membuat satu preview ringkas semua 20 pemain yang berada dalam skuad Jepun bimbingan Moriyasu Hajime.

5 Pemain Dari Liga Universiti Jepun

obi004

Obi Powell Obinna (Penjaga Gol): Penjaga gol tinggi lampai kacukan Nigeria-Jepun ini merupakan salah satu produk akademi bola sepak JFA Fukushima.

Obi selepas itu membuat keputusan untuk menyambung pelajaran diperingkat lebih tinggi di Ryutsu Keizai Universiti dan pada masa yang sama beraksi untuk skuad universiti itu dalam saingan Liga Bola Sepak Universiti Jepun.

Dalam pasukan Ryutsu Keizai Universiti, untuk posisi penjaga gol sahaja pun mereka mempunyai 19 orang pemain terdiri dari pemain tahun 1 hingga tahun 4.

fe43134983cb001f0dc1a11641d8e3d932033394_xlarge

Ueda Ayase (Penyerang): Bekas penyerang pasukan Kashima Gakuen High School, Ueda Ayase yang kini beraksi bersama Hosei Universiti dalam saingan Liga Universiti Kanto berada di tahun ke 2 pengajian dalam jurusan Sukan dan Kesihatan.

IMG_5349

Kojima Ryosuke (Penjaga Gol): Produk remaja gergasi bola sepak Jepun, Nagoya Grampus keluar dari sistem untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi di Waseda Universiti.

Penuntut fakulti Sains Sukan Waseda Universiti ini akan menamatkan pengajiannya tahun hadapan dan akan menyertai pasukan lain dan beraksi secara profesional.

30187_ext_04_0

Mitoma Kaoru (Pemain Tengah): Bermula dalam sistem akademi Kawasaki Frontale sejak menyertai skuad U12, Mitoma Kaoru menjadi salah seorang watak penting berpotensi tinggi produk Kawasaki Frontale.

Beliau beraksi sehingga ke peringkat terakhir sistem akademi iaitu skuad U18 dan selepas itu telah ditawarkan tempat dalam pasukan utama Kawasaki Frontale yang beraksi dalam saingan J1 League.

Namun Mitoma Kaoru, memilih jalan lain iaitu menyambung pengajian di Tsukuba Universiti selama 4 tahun sambil beraksi dalam saingan Liga Universiti.

“Saya mahu ke Tsukuba Universiti, beraksi dalam Liga Universiti 4 tahun untuk persiapan sebagai pemain profesional.”

Sehingga kini, status beliau adalah sebagai pemain untuk kedua-dua pasukan dengan kebenaran khas JLeague, dimana Kawasaki Frontale boleh memanggil beliau pada bila-bila masa untuk sebarang perlawanan.

mem_35_p01

Hatate Reo (Penyerang): Bekas penyerang skuad Shizuoka Gakuen HS ini gagal untuk menerima tawaran kontrak profesional kerana tidak berjaya menonjol diperingkat kejohanan bola sepak seluruh Jepun.

Selepas tamat sekolah tinggi beliau melanjutkan pengajian ke Juntendo Universiti dan beraksi dalam Kanto Universiti League. Musim pertama sebagai pelajar tahun satu Hatate Reo muncul sebagai penjaring terbanyak dengan 9 gol.

Bertitik tolak dari situ, pada tahun kedua beliau terpilih untuk mewakili skuad bawah umur kebangsaan Jepun dan juga salah seorang pemain dalam skuad pilihan universiti seluruh Jepun.

Beberapa hari yang lalu, gergasi J1 League, Kawasaki Frontale bersetuju untuk menandatangani Hatate Reo sebagai pemain mereka dengan kebenaran khas untuk beraksi bersama 2 pasukan sebelum tamat pengajian. Musim 2020, Hatate Reo akan menyertai Kawasaki Frontale secara penuh dengan kontrak profesional.

2 Pemain Menerima Panggilan Pertama Untuk Skuad U21 Jepun

Screen Shot 2018-08-20 at 7.22.49 AM

Okazaki Makoto (Pertahanan): 5 penampilan J1 League, 365 minit masa bermain untuk musim 2018, 4 kali tersenarai dalam kesebelasan utama FC Tokyo ketika bertemu Gamba Osaka, Kashiwa Reysol, Yokohama F Marinos dan Shonan Bellmare.

Menjaringkan 1 gol ketika bertemu FC Tokyo menang 5-2 keatas Yokohama F Marinos.

691825180-612×612

Funaki Kakeru: Beraksi bersama Cerezo Osaka U23 dalam saingan J3 League musim 2018, beliau telah membuat 16 penampilan dari keseluruhan 18 perlawanan dengan 1,435 minit masa bermain.

Apa yang menarik mengenai pemain berusia 20 tahun ini adalah, beliau telah tersenarai dalam kesebelasan utama pasukan bagi semua 16 perlawanan tersebut dan hanya sekali dikeluarkan pada minit ke 85 ketika bertemu Gainare Tottori.

Pemain Utama Pasukan Kelab J1 & J2 League

1015074744-612×612

Itakura Kou (Pertahanan): Pemain penting bagi skuad Vegalta Sendai dalam saingan J1 League 2018 apabila muncul dalam 15 perlawanan dengan 13 daripadanya sebagai kesebelasan utama pasukan.

Pemain yang mempunyai ketinggian 186cm ini telah mengumpul 1,170 minit masa bermain dalam J1 League musim 2018 dan menjaringkan 2 gol ketika bertemu Shonan Bellmare dan Kashima Antlers.

2018-03-03-shimizutatsutayugo_73sneaa62qk71t9k6lfeso7x7

Tatsuta Yugo (Pertahanan): Beraksi bersama Shimizu S Pulse, kelab dari prefektur Shizuoka, Tatsuta Yugo telah membuat 17 penampilan daripada 22 perlawanan musim ini.

Mengikut rekod, beliau telah menjaringkan 1 gol setakat ini dan telah berjaya beraksi dalam saingan J1 League 2018 selama 1,285 minit masa bermain dengan 14 kali tersenarai dalam kesebelasan utama pasukan.

Pemain pertahanan ini mempunyai kelebihan fizikal dengan 189cm tinggi dan 75kg berat, pemain kedua paling tinggi dalam skuad Jepun U21.

931898982-594×594

Hara Teruki (Pertahanan): Pemain yang memakai jersi 34 bersama Albirex Niigata dalam saingan J2 League musim 2018 ini telah turun beraksi bersama pasukan sebanyak 24 kali daripada keseluruhan 29 perlawanan.

Berusia 20 tahun, Hara Teruki untuk musim 2018 ini masih belum menjaringkan sebarang gol tetapi telah mengumpulkan 2,009 minit masa bermain bersama Albirex Niigata dalam saingan liga yang juga merupakan pemain ke 3 paling tinggi masa bermain setakat ini dibelakang Yasuda Michihiro (2,430 minit) dan Kato Masaru (2,322 minit).

DdPhWP2VMAAFDtZ

Sugioka Daiki (Pertahanan): Mula menyertai Shonan Bellmare pada musim 2017 dan terus diberi kepercayaan untuk beraksi dalam 37 perlawanan musim lalu, menjaringkan 3 gol dengan 3,251 minit masa bermain dalam J2 League.

Musim 2018, Sugioka Daiki telah membuat 20 penampilan dari 23 perlawanan J1 League mengumpul 1,722 minit masa bermain dan 19 kali tersenarai dalam kesebelasan utama skuad yang berpangkalan di Hiratsuka itu.

Koji-Miyoshi

Miyoshi Koji (Pemain Tengah): Beraksi bersama Chanathip Songkrasin di Hokkaido Consadole Sapporo, Miyoshi Koji musim ini telah diturunkan dalam 17 perlawanan J1 League.

Dari semua penampilan, pemain ini tidak pernah sekalipun tersenarai sebagai pemain simpanan kerana 17 kali berada dalam kesebelasan utama Consadole Sapporo mengumpul 1,280 minit masa bermain tanpa sebarang gol setakat ini.

Dat4fZLU0AAxt7D

Naganuma Yoichi (Pemain Tengah): 13 penampilan bersama FC Gifu dalam saingan J2 League musim 2018 mengumpul 350 minit masa bermain setakat ini tanpa sebarang gol dijaringkan.

Berdasarkan statistik ini dilihat bahawa Naganuma Yoichi bukan sebagai pemain utama di FC Gifu kerana terpaksa bersaing hebat dengan pemain senior lain untuk merebut tempat dalam pasukan.

00042176

Kamiya Yuta (Pemain Tengah): Merupakan salah seorang pemain utama skuad Ehime FC dalam kancah J2 League musim 2018.

Kamiya Yuta turun beraksi dalam 20 perlawanan bersama skuad dari kepulauan Shikoku itu, pemain yang memakai jersi nombor 10 Ehime FC ini telah mempunyai pengalaman aksi selama 1,714 minit dalam saingan J2 League dan menjaringkan 5 gol setakat ini.

19 dari 20 penampilan beliau bersama skuad ini adalah sebagai pemain kesebelasan utama dan hanya sekali disenaraikan sebagai pemain simpanan.

image04

Hatsuse Ryo (Pemain Tengah): Pemain tunggal dari Gamba Osaka ini pada musim 2018 hanya diturunkan sebanyak 9 kali dimana 7 daripadanya adalah sebagai kesebelasan utama.

Setakat ini 716 minit masa bermain telah dikumpulkan oleh pemain berusia 21 tahun ini yang juga telah mempunyai pengalaman beraksi dalam saingan AFC Champions League sebanyak 5 perlawanan.

Hatsuse Ryo bukanlah pemain utama Gamba Osaka tetapi beliau mempunyai prospek yang bagus kerana dikelilingi oleh ramai pemain lagenda yang masih aktif beraksi diperingkat tertinggi.

399dc3c9ea860f856cfc50c3771ea814

Endo Keita (Pemain Tengah): Pemain ini beraksi bersama Yokohama F Marinos telah turun dalam 19 perlawanan J1 League 2018 dengan 1,183 minit masa bermain setakat ini.

13 kali tersenarai sebagai kesebelasan utama pasukan, Endo sehingga kini berjaya menjaringkan 1 gol ketika Yokohama F Marinos menewaskan Kashima Antlers 3-0.

9654

Iwasaki Yuto (Pemain Tengah): Pemain kelab Kyoto Sanga FC yang berasal dari prefektur Shiga ini telah berjaya muncul sebagai pemain utama kelab dalam saingan J2 League 2018.

Diturunkan dalam 25 perlawanan dengan 1,699 minit masa bermain Iwasaki Yuto berjaya menjaringkan 1 gol untuk kelab setakat ini.

Dari 25 penampilan musim ini, 18 daripadanya Iwasaki Yuto tersenarai dalam kesebelasan utama pasukan Kyoto Sanga FC yang juga merupakan kelab pemain lagenda, Park Ji Sung, sebelum berhijrah ke PSV Eindhoven.

JL18106_104-800×533

Matsumoto Taishi (Pemain Tengah): Pemain yang memakai jersi 32 kelab Sanfrecce Hiroshima, setakat ini hanya diturunkan dalam 2 perlawanan J1 League 2018 oleh ketua jurulatih Hiroshi Jofuku.

Ketika bertemu Yokohama F Marinos, beliau disenaraikan dalam kesebelasan utama pasukan dan dikeluarkan pada minit ke 60 dan pada penampilan kedua bertemu Urawa Reds selama 10 minit, mengumpul 70 minit masa bermain secara keseluruhan.

33_a

Watanabe Kota (Pemain Tengah): Berasal dari prefektur Kanagawa, Watanabe Kota berjaya membuktikan bahawa pemain muda seperti beliau ini juga mampu untuk memberikan cabaran dalam bola sepak.

Musim 2018, beliau telah membuat 28 penampilan dengan masa bermain sebanyak 2,403 minit dan berjaya menjaringkan 2 gol ketika bertemu Albirex Niigata dan Tokushima Vortis.

JLG18234_134-800×533

Maeda Daizen (Penyerang): Penyerang muda kelab Matsumoto Yamaga yang memakai jersi nombor 7 musim lalu dipinjamkan ke sebuah lagi ke J2 League, Mito Hollyhock.

Musim 2018 ini beliau masih belum membuat sebarang penampilan bersama pasukan senior Matsumoto Yamaga FC berdasarkan statistik terbaru yang dikeluarkan petang semalam.