Seperti artikel yang telah kami keluarkan pada awal bulan November lalu, phak AFF telah bersetuju untuk mengadakan satu kejohanan yang melibatkan kelab-kelab dari ASEAN yang dikenali sebagai ASEAN Club Championship (ACC) mulai tahun 2020.

Namun ketika itu masih tiada lagi sebarang butiran lanjut mengenai format dan sebagainya diberitahu kepada umum dan semua pihak berada dalam keadaan yang terpinga-pinga.

img_4076-850×566

Hari ini beberapa laporan media telah pun mengeluarkan beberapa perkara mengenai kejohanan ASEAN Club Championship (ACC) dan anda boleh rujuk seperti dibawah;

Slot Kejohanan ACC 2020

  • Kejohanan ini akan diadakan dari bulan Mei hingga November 2020.
  • 12 kelab ahli gabungan AFF yang memiliki lesen kelab AFC layak beraksi dalam peringkat kumpulan.
  • Indonesia, Thailand, Malaysia dan Vietnam diberikan 2 slot peringkat kumpulan.
  • Myanmar dan Singapura diberikan 1 slot peringkat kumpulan.
  • Selain dari negara-negara ASEAN diatas akan menerima slot play-off untuk mencari 2 lagi pasukan ke peringkat kumpulan.
  • Tiada kelab dari Australia terlibat dalam kejohanan ini.

75456720_10156518527211881_280870481538580480_o

Peringkat Kumpulan & Kalah Mati

  • Dalam peringkat kumpulan, setiap kelab akan beraksi 5 perlawanan.
  • Juara dan naib juara setiap kumpulan akan layak ke peringkat separuh akhir.
  • Perlawanan separuh akhir hanya 1 perlawanan sahaja, dimana juara kumpulan akan menjadi tuan rumah.
  • Perlawanan akhir akan diadakan secara home/away.

67798735_3116926288318305_9083573278026498048_o

Pemain Dan Hadiah Kemenangan

  • Setiap kelab dibenarkan untuk mendaftarkan 3 orang pemain asing, 1 pemain Asia. 1 pemain ASEAN juga dibenarkan untuk didaftarkan tetapi akan dikira sebagai pemain tempatan.
  • Juara kejohanan ASEAN Club Championship (ACC) ini akan menerima wang tunai USD400,000 atau RM1.65 juta.
  • Juara ACC tidak akan menerima slot ke kejohanan FIFA Club World Cup seperti yang telah dijelaskan oleh AFC.

Kemaskini: Menurut maklumat dari FA Thailand, mereka akan menghantar 2 pasukan yang merupakan juara Thai League 1 2019 iaitu Chiangrai United dan Juara Thai League Cup 2019 iaitu PT Prachuap FC.

Artikel berkaitan dengan bola sepak Asia dibawah telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

ASEAN Club Championship (ACC) Dimulakan Tahun 2020, Terima Sokongan Penuh FIFA Dan AFC

‘Thais Strike Back’: Inisiatif Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) Galakkan Pemain Tempatan Menjaringkan Gol

48 Kelab J.League Lulus Perlesenan Kelab AFC Untuk Tahun 2020, Liga Paling Banyak Terima Lesen AFC Di Asia