Pemain Inggeris termahal, Jack Grealish melakukan debutnya untuk Manchester City dan menelan kekalahan pertama di Wembley dalam aksi Perisai Komuniti. Manchester City tewas 0-1 di tangan Leicester hasil gol lewat bekas graduan akademi mereka – Kelechi Iheanacho.

Grealish dimasukkan pada separuh masa kedua.

Iheanacho menjaringkan gol menerusi penalti lewat perlawanan untuk membolehkan Leicester menjulang satu lagi trofi di bawah kendalian Brendan Rodgers.

Pada awal perlawanan, bekas pemain Leicester, Riyad Mahrez melakukan beberapa ancaman bahaya. Namun gagal untuk mnyempurnakannya.

Wilfred Ndidi menjadi enjin Leicester di bahagian tengah dengan satu lagi aksi bertenaga.

Jamie Vardy hampir meletakkan Leicester di hadapan, namun penjaga gol muda City, Zack Steffen berjaya menafikannya.

Wembley terus menjadi stadium yang sinonim dengan penalti dan trofi. Di mana dalam aksi Euro 2020, Itali menang menerusi penentuan penalti di sini.

Kali ini Iheanacho menjaringkan penalti dalam aksi 90 minit dan sekaligus merosakkan hari penting Jack Grealish, walaupun ini bukan dikira debut aksi kompetitif. Perisai Komuniti dianggap piala pra musim di England.

Kekalahan ini membuktikan bahawa Manchester City benar benar memerlukan penyerang seperti Harry Kane dalam pasukan mereka dengan jendela perpindahan masih dibuka.

Leicester memenangi Perisai Komuniti yang pertama dalam sejarah kelab mereka sejak 1968.  Mereka juga menamatkan rekod tanpa kemenangan dalam 12 perlawanahn menentang City.

Baca juga artikel

Lukaku Sertai Chelsea, Harga €115 Juta, Gaji €12 Juta Semusim

Kecewa Tak Bermain Dengan Messi, Aguero Arahkan Peguam Semak Semula Kontrak

Kane Kecewa Komen Penyokong Spurs Tuduh Dia Tidak Profesional