Mata FIFA Ranking skuad kebangsaan Malaysia pada bulan November 2018 semakin meningkat selepas 3 kali berturut-turut menang dalam perlawanan antarabangsa kelas A – termasuk 2 perlawanan peringkat kumpulan kejohanan AFF Suzuki 2018.

Pada bulan November 2018 (sehingga artikel ini ditulis), Malaysia telah mencatatkan peningkatan +9.92 mata FIFA Ranking seterusnya mengumpul keseluruhan 983.94 mata dari 3 perlawanan berikut;

1)Bertemu Maldives (Persahabatan A): +2.86 mata
2)Bertemu Kemboja (AFF Suzuki): +2.48 mata
3)Bertemu Laos (AFF Suzuki): +4.58 mata

Bertandang ke Hanoi untuk bertemu Vietnam dalam perlawanan ke 3 peringkat kumpulan kejohanan AFF Suzuki 2018, Malaysia akan berpeluang mengutip mata FIFA Ranking paling tinggi jika mencatatkan kemenangan disana.

Impak Mata FIFA Ranking Dari Keputusan Perlawanan Bertemu Vietnam

Dari analisis pengiraan yang dibuat, jika kemenangan berpihak kepada Malaysia, pertambahan sebanyak +7.13 mata akan diperolehi seterusnya menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 991.07 mata.

46184604_1904518452978243_2778720489051258880_o

Namun, jika keputusan adalah seri atau kalah berikut adalah impak kepada mata FIFA Ranking Malaysia sebelum turun bertemu Myanmar dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

  • Seri bertemu Vietnam: +2.13 mata, keseluruhan 986.07 mata.
  • Kalah bertemu Vietnam: -2.87 mata, keseluruhan 981.07 mata.

Mata maksimum yang mampu dicapai oleh skuad kebangsaan Malaysia jika menang semua perlawnaan dalam peringkat kumpulan adalah 994.03 mata – peningkatan sebanyak 20.01 mata dalam tempoh 35 hari!

Screen Shot 2018-11-13 at 2.21.12 AM

Nota: Hanya 2 tarikh perlawanan dalam kejohanan AFF Suzuki 2018 berada dalam jadual kejohanan antarabangsa FIFA (12 hingga 20 November 2018) iaitu perlawanan bertemu Laos dan Myanmar.

Oleh itu, kemenangan dalam 2 perlawanan ini akan memberikan impak mata 2 kali ganda dari perlawanan lain.

Perlawanan lain dalam kejohanan AFF Suzuki 2018 akan memberikan mata positif atau negatif bergantung kepada keputusan perlawanan.