Presiden Real Madrid, Florentino Perez tidak melepaskan peluang untuk menyindir Kylian Mbappe selepas kejayaan pasukannya menjuarai UCL buat kali ke-14.

Kylian Mbappe sebelum ini memberikan harapan palsu kepada Real Madrid apabila pemain itu mengkhianati perjanjian lisan dengan Real Madrid.

Dilaporkan pemain itu sudah pun setuju dengan semua syarat dengan Real Madrid. Namun kemudian pemain itu telah membuat pusingan U dan memilih PSG.

PSG dilaporkan menawarkan kontrak yang luar biasa kepada Mbappe untuk membolehkan pemain itu melupakan tawaran Real Madrid.

Ramai peminat Real Madrid kecewa dengan Mbappe. Begitu juga Florentino Perez yang menyifatkan Mbappe lebih memilih wang berbanding dengan kejayaan kesukanan.

Peminat Real Madrid turut mengejek Mbappe sebelum sepak mula.

 

Mbappe sebelum ini dikatakan berminat untuk ke Real Madrid kerana pasukan itu kerana trofi. Walaupun Kylian Mbappe sudah memenangi banyak trofi di PSG namun dia menjadikan UCL sebagai sasaran utamanya.

Real Madrid menewaskan Liverpool dalam aksi final UCL. Dalam aksi menentang PSG sebelum ini peminat Real Madrid malah menyorak nama Kylian Mbappe.

Perez menegaskan bahawa dalam kenyataan UCL semalam, hanya ada nama Real Madrid dan tiada nama Mbappe di sana.

“Real Madrid sentiasa menjadi rumah kepada pemain pemain hebat. Mbappe tidak wujud malam ni. Ini adalah pesta keraian Real Madrid.”

“Perkara dan lalu itu biar berlalu. Real Madrid menikmati musim sempurna.”