Sehari selepas mencabar el Confidential tindakan saman, dua lagi audio rakaman perbualan Florentino Perez dibocorkan.

Kali ini melibatkan legenda teragung kelab pada era beliau iaitu Cristiano Ronaldo serta pengurus yang memberikan mereka kejayaan La Liga, Jose Mourinho.

Sebelum ini audio perbualan Perez melabel Raul dan Casillas sebagai penipu dan kerugian buat kelab – dibocorkan.

Cristiano Ronaldo merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam sejarah Real Madrid. Beliau dibeli dari Manchester United pada 2008 dengan harga sekitar GBP80 juta.

Namun selepas Piala Dunia 2018, Ronaldo kemudiannya dijual ke Juventus dengan nilai terkumpul perpindahan mencecah EUR100 juta.

Sepanjang kariernya di Real Madrid, selain daripada memenangi 4 UCL dan kejuaraan liga, Ronaldo juga memenangi 4 Ballon d’Or dan menjadi pemain penting Real Madrid untuk berdekad lamanya.

Pada 2012, Perez mengutuk Ronaldo tanpa rasa bersalah melabel pemain itu bodoh dan ego, sama seperti Mourinho.

“Dia ini adalah orang gila. Orang ini bodoh, ada sakit [mental]. Kamu fikir lelaki ini normal, tetapi sebenarnya dia tidak normal. Kalau tak, dia tidak akan buat semua perkara yang dia lakukan.”

“Cakap kosong terakhir yang dia buat, dia menyatakan dia sudah melihat semuanya di masa akan datang. Dunia, dunia, kenapa dia terfikir nak buat benda bodoh macam tu?”

“Mendes [ejen Ronaldo dan Mourinho] pun tidak boleh cakap apa apa dekat mereka. Samalah seperti dia tidak boleh bercakap apa apa dengan Mourinho. Kosong! Walaupun untuk wawancara. Tiada apa-apa sialan.”

Kemudian, Perez juga memanggil Mourinho bodoh seperti Ronaldo.

“Ini adalah orang-orang dengan ego yang dahsyat. Kedua-duanya terlalu manja, jurulatih [Mou] dan dia [Ronaldo], dan mereka tidak melihat realiti,” kata Perez.

“Mourinho adalah orang bodoh. Bukannya dia tidak ingin bermain. Dia agak tidak normal. Dia [seperti orang] memandu tanpa lesen. Dia akan ditimpa masalah.”

Kemudian satu lagi audio dibocorkan berkenaan dengan cakap belakang Perez tentang pengurus legenda Sepanyol Vicente Del Bosque yang memberikan negaranya kejayaan Piala Dunia dan Euro.

Del Bosque juga legenda Real Madrid serta membimbing pasukan itu menjulang 2 La Liga sebagai pengurus. Tetapi Perez kemudian menyatakan kelab tidak mahu menawarkan kontrak kepada Del Bosque sekali lagi kerana menganggap Del Bosque sebagai satu penipuan terbesar dalam bola sepak.

Perez berkata: “Dia [Del Bosque] tak pandai melatih, dia tak tahu taktikal. Dia jenis yang kalut. Vicente Del Bosque tak ditawarkan jawatan kerana semua orang tahu dia bukan jurulatih. Del Bosque adalah penipuan terbesar saya pernah lihat dalam hidup.”

Baca juga artikel

Rakaman Audio Florentino Perez Kutuk Raul Dan Casillas Sebagai Penipu Terbesar

TERKINI: Messi Kekal 5 Tahun Lagi, Menerima Pengurangan Gaji Lebih 50%

Warkah Perpisahan Donnarumma: “AC Milan Selamanya Di Hatiku”