Presiden Real Madrid, Florentino Perez memberitahu media bahawa 12 pasukan yang sudah menandatangani kontrak dengan ESL tidak boleh sewewang wenang menarik diri kerana ada kontrak yang mengikat mereka.

12 pasukan tersebut malah disebut Perez sebagai tidak boleh keluar sama sekali daripada ESL.

Perez menyatakan ESL pada dasarnya akan tetap diteruskan pada masa akan datang seperti yang dirancang, cuma ketika ini terpaksa ditanngguhkan dahulu kerana beberapa kekangan.

Buat masa ini 9 pasukan sudah membuat kenyataan rasmi menarik diri daripada ESL. Tinggal 3 lagi pasukan yang belum membuat kenyataan rasmi iaitu Juventus, Real Madrid dan Barcelona.

Pasukan pasukan yang menarik diri perlu membayar penalti yang besar kepada ESL.

Perez berkata: “Saya tak perlu nak jelaskan tentang kontrak yang sudah ditandatangani, namun ia secara efektif bermaksud, kesemua kelab itu tidak boleh keluar.”

“Ada beberapa kelab terpaksa mengumumkan mereka keluar kerana tekanan. Namun projek ini, ataupun projek yang seumpamanya, akan diteruskan dan saya berharap ianya berlaku dalam masa terdekat.”

Perez turut menafikan bahawa bank JP Morgan dari AS juga menarik diri daripada ESL. JP Morgan merupakan pelabur yang memberikan geran sebanyak €3.5 billion kepada pasukan pasukan pengasas ESL.

Perez menambah: “Mereka cuma mengambil sedikit masa untuk melakukan beberapa penilaian, sama seperti 12 kelab tersebut.”

“Jika kita perlu untuk melakukan perubahan, kami rasa projek terbaik Liga Super Eropah adalah yang terbaik yang kami fikirkan.”

“Apa yang telah kami lakukan telah menimbulkan kemarahan orang-orang tertentu yang tidak ingin kehilangan hak istimewa dan memanipulasi projek itu.”

Manchester City dan Chelsea adalah dua kelab pertama yang mengumumkan mereka menarik dari projek kontroversi yang pertama kali diumumkan lewat hari Ahad minggu lalu dan mendapat kecaman yang meluas dari seluruh dunia.

Arsenal, Liverpool, Manchester United dan Tottenham dengan pantas menyusul mengikut jejak langkah 2 pasukan tersebut.

Kemudian dua pasukan dari Itali, AC Milan dan Inter Milan, serta kelab Sepanyol Atletico Madrid, juga menarik diri.

Pengerusi ESL Perez dan Presiden Juventus Andrea Agnelli teruk dikecam kerana menjadi 2 watak utama di belakang projek Liga Super.

Presiden Real Madrid itu juga memberikan reaksi dingin terhadap reformasi Liga Juara-Juara yang diumumkan oleh UEFA, yang akan menyaksikan pertandingan diperluas kepada 36 pasukan bermula dari 2024.

“Liga Super adalah projek terbaik untuk membantu bola sepak keluar dari krisis. Saya fikir bahawa pembaharuan Liga Juara-Juara bukanlah yang terbaik, dan lebih-lebih lagi kita tidak boleh menunggu hingga 2024,” tambah Perez.

Baca juga artikel lain:

EPL: Gol Masa Kecederaan 90+5 Willock Buat Liverpool Berputih Mata

Giggs Dihadapkan Ke Mahkamah Kes Pukul Dan Ugut Perempuan

Ed Woodward ‘Resign’ Kerana Tak Sokong Glazers Mahu Sertai ESL? Ini Sebenarnya Berlaku