Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Bintang Manchester United, Andreas Pereira telah memetik nama dua pemain Liverpool sebagai pemain paling berlagak ataupun paling poyo pernah beliau tentang di atas padang.

Pemain tengah Brazil itu, telah bermula di kesebelasan utama untuk United sebanyak 18 kali dalam EPL musim ini.

Namun sejak adanya Bruno Fernandes, beliau kehilangan tempat secara terus dalam kesebelasan utama.

Bercakap kepada satu saluran YouTube di Brazil, beliau melabel Virgil Van Dijk dan James Milner sebagai paling angkuh.

Pereira bercakap keapada Desimpedidos: “Saya tak berapa suka dengan orang itu, Milner.”

“Dan saya nak bongkarkan satu kebenaran dengan kamu, saya juga tak suka dengan seorang lagi itu, pemain pertahanan Van Dijk. [Dia seorang] Marrento [poyo].”

“Bahkan cara dia bermain pun dah nampak angkuh.”

31159838-8557521-image-a-11_1595613768301

Pereira kemudian memuji dua rakan senegaranya sebagai pemain paling baik yang beliau sukai iaitu David Luiz dan Willian.

“David Luiz dan Willian adalah orang yang paling baik sekali,” tambah Pereira lagi.

Andreas Pereira antara pemain yang dijangka dalam senarai untuk dijual oleh Ole Gunnar Solskjaer dalam jendela perpindahan akan datang.

Ini kerana beliau ternyata gagal membuktikan kualiti yang diingini Ole.

Pengurus Man United itu dikenali dengan keberaniannya membuat keputusan menyingkirkan pemain yang dirasakan merugikan pasukan.

Walaupun kelab terpaksa membayar sebahagian gaji mereka, seperti Alexis Sanchez.

Baca juga perkembangan lain

Kamu Ketawa, Tetapi Saya Juara 5 Perlawanan Terakhir Dan Di Top 4 Sejak Tiba Di sini

Manchester United Diikat West Ham Di Tempat Sendiri

Liverpool Menang 5-3 Ke Atas Chelsea Pada Hari The Reds Menjulang Trofi EPL 2019/20