Peraturan baharu Liga Perancis boleh memaksa Paris Saint-Germain (PSG) melepaskan Lionel Messi.

Ligue 1 memang sudah mewar warkan peraturan itu sejak 2021 lagi. Namun pandemik yang melanda membuatkan Ligue 1 menangguhkan dahulu.

Daripada 20 pemain dengan gaji tertinggi dalam Liga Perancis, 18 daripadanya memperkuatkan PSG.

Apa yang berlaku di PSG dianggap terlalu tidak seimbang dan tidak ‘fairplay’.

Lantas FA Perancis, bercadang untuk mengetatkan peraturan gaji pemain.

DNCG, badan kewangan yang menyelia akaun kelab Perancis, menyatakan bahawa semua pasukan tidak dibenarkan mempunyai bil gaji pemain melebihi 70 peratus daripada hasil pendapatan kelab.

Ligue 1 bukan seperti EPL atau La Liga di mana pendapatan kelab mereka semusim sangat tinggi kerana publisiti liga tersebut yang membawa kepada hak tajaan daripada penyiaran yang besar.

Berbalik kepada situasi di Perancis, PSG ibarat pasukan EPL yang bersaing di liga Perancis yang sangat kecil nilainya dari segi komersial.

PSG kini terlalu jauh bezanya berbanding kelab yang lain kerana kelebihan sumber kewangan yang mereka miliki daripada pemilikan Qatar di kelab itu.

PSG jauh melebihi peratusan gaji keseluruhan itu dengan beban gaji hampir 91 peratus daripada pendapatan keseluruhan kelab.

Jika peraturan baharu itu berkuat kuasa, PSG terpaksa melepaskan beberapa pemain mereka. Lionel Messi antara nama yang mungkin terpaksa dilepaskan selain daripada Neymar.

Neymar dan Messi merupakan dua penerima gaji tertinggi di PSG.

Mbappe yang masih belum melanjutkan kontrak beliau di PSG. Jika Mbappe menerima tawaran PSG yang dikatakan mahu menawarkan gaji tertinggi di Eropah buat pemain itu, bermakna, lebih ramai pemain lain yang terpaksa dilepaskan.

https://twitter.com/WowzerSportsUK/status/1522146614458134529

Walaupun diperkuatkan pemain pemain serba bintang, PSG masih belum menepati KPI kelab dan KPI penyokong mereka yang mahukan kelab itu menjuari UCL.

Ini kerana pemain seperti Messi dan Neymar dibawa masuk bukan untuk semata mata menjadi jaguh kampung di Perancis semata mata.