Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Aksi pemanas badan di antara Perancis dan Wales semalam adalah perlawanan pertama Benzema selepas bertahun lamanya disisihkan.

Perancis menang 3-0 dalam aksi ini, di mana Benzema gagal memanfaatkan peluang untuk menjaringkan gol dari titik penalti.

3 gol Perancis adalah menerusi Kylian Mbappe, Antoine Griezmann dan juga Ousmane Dembele.

Deschamps mahukan Mbappe Benzema dan Griezmann

Dengan kehadiran Benzema ke dalam pasukan Perancis, Deschamps terpaksa membuat sedikit rombakan pada taktikalnya.

Sebelum ini Perancis banyak beraksi dengan sistem 4-4-2 ataupun 4-4-1-1.

Oleh kerana beliau mahu ketiga tiga pemain itu berada di atas padang pada masa yang sama, maka Deschamps boleh memilih sama ada sistem 4-3-3 ataupun 4-4-2 berlian.

Sistem 4-4-2 berlian

Diamond formation menjadi pilihan Deschamps dalam aksi menentang Wales. Di mana Antoine Griezmann dijadikan sebagai pemain no.10. Di serangan atas, Kylian Mbappe digandingkan dengan Karim Benzema.

Ternyata formasi ini memberikan fluiditi yang luar biasa kepada Perancis dengan adanya Paul Pogba menjadi pemain tengah ofensif bersama dengan Adrian Rabiot.

Sementara itu Tolisso pula dijadikan pemain paling dasar dalam bentuk berlian di tengah. Kehadiran N’golo Kante mungkin akan menjadikan pemain itu pilihan utama sebagai no.6.

Lihat bagaimana cairnya sistem mereka berfungsi di sini:

4-3-3 masih tetap mengancam

Dengan adanya pemain seperti Ousmane Dembele, dan Mbappe yang boleh bermain di bahagian sayap, maka sistem 4-3-3 juga boleh digunakan Perancis kali ini.

Tetapi ianya menuntut pengorbanan Antoine Griezmann untuk beraksi sebagai pemain sayap.

Di Barcelona pemain itu kurang gembira dengan peranan tersebut, dan gagal memberikan impak lebih besar berbanding dengan menjadi pemain no.9 sebenar.

Jadi sistem 4-3-3 mungkin akan menjadi pilihan kedua Deschamps pada kali ini. Dengan 4-4-2 sama ada diamond ataupun klasik mungkin akan menjadi pilihan utamanya.

Rumusan

Berdasarkan kualiti skuad yang ada, Perancis ada kualiti yang sangat baik di tengah untuk menampung mana mana sistem.

Cuma pertimbangan lebih kepada prestasi penyerang mereka dalam sistem.

Pada pandangan kami, sistem diamond ini mungkin akan menjadi senjata utama Perancis pada kali ini.

Baca juga artikel

Saka Bantu England Menang Ke Atas Austria, Trent Alami Kecederaan Hamstring

TERKINI: Spurs Berunding Dengan Conte, Topik Termasuk Kontrak Dan Dana Perpindahan Pemain

Nike Tuduh Pihak Neymar Menipu, Sebaliknya Kontrak Berakhir Kerana Skandal Perlecehan Seksual

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group