Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) memberikan sedikit perkembangan mengenai hasrat beliau menjadi sebahagian daripada kelab La Liga, Valencia.

Menerusi laman Instagram Story miliknya, TMJ menegaskan bahawa perbincangan telah dilakukan dengan pemilik kelab, Peter Lim untuk beliau memiliki sebahagian saham dalam kelab.

Namun, atas beberapa faktor yang perlu diselesaikan terlebih dahulu, hasrat Tunku Ismail terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.

Valencia
Sumber Gambar: Instagram Story TMJ

Tunku Ismail memberi bayangan mengenai penglibatannya bersama Valencia pada awal bulan ini dimana beliau memuat naik statistik, kejayaan lampau serta nilai semasa kelab tersebut.

Baru-baru ini, presiden Valencia iaitu Anil Murthy menegaskan pemilik kelab, Peter Lim tidak bercadang untuk menjual pasukan itu meskipun terdapat minat daripada Tunku Ismail.

Baca artikel lain mengenai TMJ di sini:

Apa Yang Penyokong Valencia CF Boleh ‘Expect’ Jika TMJ Muncul Sebagai Pemilik Kelab Yang Baharu?

Kejayaan Dan Cipta Sejarah Jadi Motivasi, TMJ Beri Bayangan Mahu Ambil Alih Valencia?

Presiden Valencia Tegaskan Peter Lim Tidak Akan Jual Kelab