Setelah mengharungi 17 perlawanan Liga Super, pasukan UiTM FC akhirnya raih kemenangan pertama selepas menewaskan Perak, 2-0 di Stadium UiTM Shah Alam.

Meskipun berada di kedudukan tercorot dengan 5 mata, namun kemenangan tersebut amat bermakna untuk membangkitkan semangat mereka bagi menghadapi baki 5 perlawanan terakhir musim ini.

Ketika perlawanan itu, pemain pinjaman dari Kuala Lumpur, Sean Giannelli membuka akaun jaringan pertama UiTM pada minit ke 30 menerusi rembatan dalam kotak penalti.

Perak cuba bangkit namun mereka berdepan masalah ketumpulan penyudah dan masih tercari-cari rentak. Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, UiTM bermula dengan lebih garang dan kerap kali memberi masalah kepada benteng pertahanan pelawat. Hasilnya pada minit ke 75, Shafiq Al-Hafiz menambah derita perak apabila menyudahkan bola muntah dalam situasi kelam kabut di kotak penalti.

Jaringan itu turut mematahkan semangat pemain Perak untuk mencari jaringan penyamaan dan keputusan 2-0 kekal sehingga tamat separuh masa kedua

Malah, kekalahan itu juga menyaksikan Perak kini berada dalam bahaya dan berisiko tersingkir ke Liga Premier musim depan jika gagal kutip 3 mata penuh dalam baki 4 perlawanan yang akan datang.

Skuad Bos Gaurus setakat ini telah mengumpul 13 mata dan dibezakan empat mata dengan Sri Pahang serta Melaka United yang menghuni tangga kesembilan dan kesepuluh liga.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah. 

Safee Sali Disahkan Demam Denggi, Bojan Hodak Pertaruhkan Romel Morales Di Posisi Serangan

Dickson Nwakaeme Umum Persaraan Daripada Sukan Bola Sepak

Pasukan Kedah Dikuarantin Sehingga 14 Ogos