Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kelab Bola Sepak Perak (PFC) semalam mengeluarkan kenyataan rasmi untuk memohon maaf kepada semua penyokong setia pasukan itu diatas kegagalan mereka kekal dalam saingan Liga Super.

Pengurus Besar Perak FC, Azman Noh berkata, pihaknya memahami denyut nadi penyokong dan peminat bola sepak Perak yang terus setia ketika susah, senang, kalah dan menang malah peristiwa itu membawa seribu satu makna kepada pasukan serta memberi pengajaran paling bermakna untuk diperbaiki.

“Saya telah cuba melakukan sebaik mungkin untuk mempertahankan rekod sebagai satu-satunya pasukan yang belum pernah jatuh dari Liga Super sejak diperkenalkan pada tahun 2004.

“Bagaimanapun, saya mengakui, di sebalik usaha bersungguh-sungguh yang dilakukan oleh kami dalam masa yang begitu singkat, masih terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial rasmi.

Tersingkirnya Perak ke divisyen kedua ini nyata sukar diterima oleh peminat termasuk juga bekas pemain pasukan tersebut.

Justeru itu, Perak menyasarkan untuk kembali ke Liga Super pada tahun 2023 dengan menjuarai Liga Premier musim depan dan perbentangan mengenai hala tuju pasukan akan dilakukan dalam masa terdekat.

“Proses untuk bangkit akan bermula dari sekarang dengan meletakkan sasaran Juara Liga Perdana tahun hadapan, sekaligus kembali ke Liga Super musim berikutnya. Proses penswastaan sepenuhnya juga akan dilakukan.

“Ini bukan pengakhiran untuk Perak FC, sebaliknya ini adalah permulaan untuk sesuatu yang lebih hebat,” kata Azman.

Selain Perak, satu lagi pasukan yang akan beraksi dalam saingan Liga Premier musim hadapan ialah UiTM FC yang ketika ini menduduki tangga tercorot dengan kutipan 9 mata.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Shazwan Wong Berkongsi Tips Bagaimana Pasukan Perak Mampu Menjana Pendapatan RM391,000 Sebulan

Liga Super: Ifedayo Olesegun Pecahkan Rekod Mohamad Ghaddar

Nafuzi Zain: Surat Tunjuk Sebab Lumrah Dalam Bola Sepak

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group