Kelab Bola Sepak Perak (PFC) semalam melancarkan jersi ketiga musim 2021 dan kit edisi terhad sempena sambutan ulang tahun ke-100 penubuhan pasukan itu menerusi laman media sosial rasmi mereka.

Menggunakan konsep keseluruhan berwarna hitam, jersi ini turut memaparkan logo Kaki Jersi bersama logo rasmi Perak FC yang berwarna emas.

Turut dipamerkan adalah logo tulisan 100 years Perak Football Legacy (100 tahun legasi penubuhan bolasepak Perak) di bahagian tengah, menggantikan logo promosi tempat pelancongan di negeri ini seperti yang terdapat pada jersi HOME dan AWAY pasukan itu.

Jersi tersebut dijual pada harga RM109 bagi saiz XXL dan ke bawah manakala saiz 4XL sehingga 8XL dijual pada harga RM115. Para peminat boleh dapatkan jersi tersebut secara dalam talian menerusi laman web Perak FC.

Kotak eksklusif jersi berharga RM20 akan diberikan percuma kepada 1,000 pembeli terawal. Ini adalah antara koleksi yang wajib dimiliki oleh para penyokong setia Perak kerana pengeluarannya terhad hanya sebanyak 1,500 helai.

Baca artikel lain mengenai jersi pasukan Liga Malaysia melalui pautan dibawah. 

Selangor Perkenalkan Jersi Ketiga Dan Kit Edisi Khas Sempena Ulang Tahun Ke-85

Sabah Lancar Kit Jersi Ketiga Yang Dikenali Sebagai ‘The Bayu’

Melaka United Lancar Kit Jersi Ketiga Hadapi Baki Saingan Liga Malaysia 2021

Lebih 5000 Helai Jersi Terengganu FC Telah Terjual, Jersi ‘Away’ Paling Laris