Pengurusan pasukan Perak menafikan ada pihak yang menerima komisyen daripada sumbangan sebanyak RM400 Ribu yang diberikan oleh pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kelan baru-baru ini, lembaga pengarah kelab bersetuju sumbangan yang diberikan oleh TMJ dianggap bukan tajaan dan tiada pihak yang mendapat komisyen seperti yang tular di media sosial.

“Sebagaimana yang biasa dilakukan oleh IMC dan kebanyakan agensi-agensi pemasaran yang lain, Perak FC juga mengamalkan pemberian insentif dalam lingkungan 8 hingga 20 peratus kepada rakan kerja pemasaran mereka
atas apa jua penajaan yang berjaya diraih.

“Walaubagaimanapun, Lembaga Pengarah telah bersetuju bahawa dana yang telah diterima daripada DYAM TMJ diberikan pendekatan yang berbeza memandangkan lanya merupakan sumbangan dan bukan tajaan.

“Oleh itu, polisi asal tidak akan diguna pakai. Perak FC berbesar hati untuk mendedahkan akaun kami jika perlu berbuat demikian,” dipetik dari kenyataan yang dikeluarkan.

Sebelum ini, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam menyatakan bahawa ada “orang tengah” yang mendapat komisyen daripada sumbangan yang diberikan TMJ kerana telah mengaturkan perkara tersebut.

TMJ berharap sumbangan yang beliau berikan sedikit-sebanyak mampu untuk membantu pasukan yang sedang mengalami masalah tunggakan gaji dimana pemain sudah dua bulan tidak menerima gaji.

“Baru-baru ini saya ada bantu Perak FC, tiga hari lepas pengurusan Perak FC ada datang berjumpa saya dan saya ada bagi sedikit sumbangan dan bantuan.

“Saya tak boleh cakap berapa (jumlah), tapi saya ada bagi sedikit bantuan untuk kurangkan beban Perak FC dan saya harap masalah itu (tunggakan gaji) boleh mereka selesaikan dalam masa terdekat,” katanya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

TMJ Beri Bantuan Kepada Perak FC Untuk Selesaikan Tunggakan Gaji Pemain

TMJ Capai Kata Sepakat Dengan Pengurusan Stadium Nasional Bukit Jalil Untuk Tukar Padang

Selepas Nazmi Faiz, Harimau Malaya Tidak Dapat Guna Khidmat Rahadiazli