3 perlawanan unifi Liga Super Malaysia 2018 berlangsung malam ini dan merupakan penutup kepada saingan musim 2018.

Pasukan yang sudah sah jatuh ke 100PLUS Liga Premier 2019, Kelantan berjaya menewaskan Juara Piala FA 2018 2-1 di Kota Bharu. Kemenangan ini sekaligus membolehkan mereka menamatkan saingan liga ditempat ke 11 serta layak beraksi dalam kejohanan Piala Malaysia 2018.

Keputusan penuh semua perlawanan LS22;

unifi liga super 2018

Terengganu yang mempunyai peluang menamatkan liga ditempat kedua, mensia-siakan peluang itu apabila tewas 0-2 di tangan Selangor, seterusnya menutup terus kebarangkalian untuk muncul sebagai naib juara.

Pasukan Perak yang telah menamatkan perlawanan LS22 mereka lebih awal, mengharapkan keputusan perlawanan Pahang dan Terengganu tidak berpihak kepada kedua-dua pasukan itu.

Dengan tewasnya Pahang dan Terengganu, Perak muncul sebagai naib juara unifi Liga Malaysia 2018 dengan 36 mata dan PKNS FC ditempat ke 3.

Kedudukan akhir saingan unifi Liga Super Malaysia 2018

unifi liga super 2018

Pasukan Perak Atau Pahang Yang Akan Menerima Slot AFC Champions League 2019

1)Pahang: Berdasarkan maklumat dari Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, pihak mereka masih belum menerima sebarang surat rayuan dari pihak Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP).

Kami juga difahamkan, keputusan samada PBNP akan mengemukakan rayuan kepada FAM akan dibuat selepas mengetahui status Sumareh akan didaftarkan sebagai pemain tempatan atau tidak musim hadapan.

Jika masih berstatus pemain import, ada kemungkinan Pahang tidak akan membuat rayuan.

Seandainya Pahang membuat rayuan dan diterima, mereka selaku Juara Piala FA 2018 akan menerima slot kelayakan 2 Play-Off AFC Champions League 2019.

2) Perak: Sekiranya Pahang mengemukan rayuan dan jawatankuasa rayuan FAM menolak perkara itu, slot kelayakan 2 AFC Champions League 2019 akan menjadi milik pasukan Perak (dengan syarat mempunyai lesen kelab AFC).

Samada Pahang atau Perak, pasukan yang akan menerima slot kelayakan itu dijangka akan bertemu dengan Kitchee SC dari Hong Kong dan perlawanan akan berlangsung di Malaysia.