Pasukan Perak dikhabarkan mahu membawa masuk dua pemain import baharu pada jendela perpindahan kedua musim ini bagi memperkuatkan pasukan.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan The Star, T.Avineshwaran dimana pemain dari England dan Brazil menjadi pilihan pengurusan pasukan selain seorang pemain import Asia sedang berada dalam pertimbangan.

Perak ketika ini mempunyai tiga pemain import iaitu Leandro Dos Santos, Careca dan Shakir Hamzah yang mengisi kuota pemain Asia Tenggara.

Ekoran krisis tunggakan gaji yang dihadapi, Perak kehilangan beberapa pemain utama seperti Shahrul Saad dan Guilherme De Paula yang menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) selain Kenny Pallraj dan J.Partiban yang menyertai Kuala Lumpur City.

Beberapa pemain turut dikaitkan dengan perpindahan keluar dimana penjaga gol, Hafizul Hakim, pemain pertahanan, Nazirul Naim dan Firdaus Saiyadi menarik minat pasukan lain.

Kedudukan Perak dalam carta Liga Super yang ketika ini berada di tangga ke-10 turut memaksa mereka mencari pemain import baharu bagi mengimbangi pasukan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Datuk Seri Vida Bakal Jadi Pemilik Perak FC?

RASMI: Sri Pahang Umum Lee Tuck Dipinjamkan Ke Terengganu, Akan Kembali Semula Musim Hadapan

JDT Dalam Perbincangan Pinjamkan Syazwan Andik Ke Sabah