Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pasukan Perak dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmat bekas pemain import Terengganu FC, Dominique Da Sylva bagi memperkuatkan jentera serangan untuk menghadapi saingan musim 2021.

Perkara ini dikongsikan oleh pembawa berita Astro Arena, Hafizal Hamad dimana pengurus Perak, Datuk Adly Shah Ahmad bakal memulakan rundingan untuk mendapatkan pemain tersebut.

Dominique menjadi antara penyerang import terbaik dalam saingan Liga Super musim lalu dimana beliau menjaringkan 9 gol sekaligus menduduki tangga ketiga dalam carta penjaring terbanyak.

Meskipun menampilkan prestasi terbaik, namun Dominique tiada dalam perancangan Terengganu musim hadapan dimana skuad Pantai Timur itu mahu mendapatkan pemain import baharu bagi menerajui jentera serangan.

Perak

Sumber Gambar: Terengganu

Bagi pasukan Perak sendiri, setakat ini mereka dilaporkan telah berjaya mendapatkan khidmat penjaga gol muda pasukan Kedah, Azri Abdul Ghani.

Selain itu, skuad bimbingan Mehmet Durakovic itu turut dikaitkan dengan bekas pertahanan import Kedah, Shakir Hamzah setelah pemain itu tidak diberikan lanjutan kontrak oleh pasukan Utara tanah air itu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Pahang Dapatkan Khidmat Penyerang Argentina, Sergio Aguero

Diogo Luis Santo: JDT Dan Malaysia Ada Tempat Istimewa Dihati, Rakam Ucapan Terima Kasih Kepada TMJ

RASMI: Lee Tuck Tinggalkan Terengganu FC

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group