Pasukan yang akan beraksi dalam saingan Liga Perdana musim ini, Perak II dilaporkan semakin hampir untuk mendapatkan khidmat Sergio Aguero.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawa Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana Perak mahu mendapatkan Aguero secara pinjaman setelah pemain itu menandatangani kontrak lanjutan bersama Sri Pahang.

Aguero merupakan salah seorang pemain import yang sudah lama beraksi dalam saingan Liga Malaysia apabila Perak bakal menjadi pasukan kelima beliau sejak berkarier di negara ini pada 2017.

Pada mulanya, pemain dari Argentina ini menjalani ujian dan latihan bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) sebelum menyertai Melaka United pada 2017.

Aguero kemudiannya beraksi bersama Selangor United, Penang FC dan Kuala Lumpur Rovers dalam saingan Liga M3 musim lalu.

Namun, ekoran pandemik COVID-19 yang melanda negara, saingan M3 terpaksa dibatalkan sekaligus menyekat peluang Aguero untuk menampilkan prestasi sebenar bersama pasukan itu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Lebih 30 Pemain Akan Dipanggil Sertai Kem Latihan Pusat Harimau Malaya

Aidil Sharin: Pemain Kedah Perlukan Sedikit Masa Untuk Sesuaikan Diri

Widad Langkasuka Penaja Utama Kedah Darul Aman FC Musim 2021