Pasukan pembangunan Perak, Perak II diperkuatkan oleh penjaga gol import kelahiran Australia, Yaren Sözer bagi menghadapi saingan Liga Perdana musim ini.

Perkara ini disahkan oleh Perak menerusi pengumuman di laman media sosial rasmi pasukan dimana pemain yang dilahirkan di Melbourne, Australia dan memegang pasport Turki itu menjadi rekrut baharu skuad bimbingan Abu Bakar Fadzim.

Yaren Sözer merupakan produk daripada akademi Melbourne City FC dan beliau pernah beraksi bersama skuad B-21 tahun pasukan itu. Penjaga gol berusia 22 tahun ini kemudiannya berhijrah ke saingan Liga Turki dimana beliau pernah menyarung jersi Istanbul Başakşehir.

Selain Istanbul, Sözer juga pernah memperkuatkan beberapa kelab divisyen bawahan Turkish League seperti 1877 Alemdag dan Esenler Erokspor sebelum menandatangani kontrak bersama Perak II.

Sözer telah membuat penampilan pertama bersama Perak II dimana beliau diturunkan pada perlawanan menentang Pulau Pinang yang berkesudahan seri 1-1 semalam.

Penjaga gol import bukanlah satu perkara yang asing dalam saingan Liga Malaysia dimana sebelum ini, UiTM FC juga pernah merekrut penjaga gol dari Kyrgyztan iaitu Pavel Viktorovich Matyash.

Baca artikel lain mengenai pasukan Perak yang telah kami sediakan di sini:

Musim 2020 Jadi Medan Untuk Shahrel Fikri Bina Semula Karier

Perak Perkenalkan Jersi Baharu Musim 2020 Jenama KELME

Beberapa Pembekal Berikan ‘Sample’ Jersi Untuk Diuji Kualiti, Perak Pilih Jenama KELME Sebagai Pembekal Jersi 2020?