Masalah tunggakan gaji terus menghantui saingan Liga Malaysia apabila pasukan yang bersaing di Liga Super, Perak dikhabarkan tidak membayar gaji pemain mereka untuk satu jangka masa yang agak lama.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan The Star, T.Avineshwaran setelah skuad kendalian Chong Yee Fatt itu tewas kepada Pulau Pinang minggu lalu.

Masalah tunggakan gaji yang dihadapi Perak ini dilihat bakal dijadikan sebagai peluang oleh pasukan lain untuk menyambar pemain terbaik yang dimiliki oleh skuad Boss Gaurus.

Dalam satu rancangan, dua pasukan iaitu Selangor dan Terengganu berminat untuk menandatangani pemain Perak jika masalah gaji ini berterusan.

Perak berdepan dengan pelbagai isu dimana pada awal musim ini mereka menamatkan kerjasama dengan pengendali sebelumnya, Mehmet Durakovic ekoran tidak lagi sehaluan dengan jurulatih yang menghadiahkan mereka Piala Malaysia pada 2018 lalu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Dollah Salleh Tidak Mahu Tragedi 10 Tahun Lalu Berulang

MFL Umum Pindaan Jadual Liga Malaysia, 5 Perlawanan Bagi Setiap Pasukan MSL Dalam Bulan Ramadan 2021

Lim Teong Kim: Mana Boleh Samakan Skuad Projek FAM-MSN Dengan Harimau Muda