Kurang dari 2 minggu menjelang sepak mula saingan Liga Malaysia yang akan membuka tirai musim 2020, pasukan Perak FA dilihat masih belum ada tanda-tanda untuk membuat pengumuman berkenaan pelancaran jersi baru pasukan.

Dari beberapa maklumat yang diterima, pihak pembekal musim ini iaitu JAKO menghadapi masalah, dan di pihak pengurusan pasukan Perak FA pula sudah mula panik dengan situasi terkini pembekal berjenama antarabangsa itu.

Kekalutan yang dihadapi itu bakal mengundang pelbagai reaksi terutama daripada pihak penyokong Perak FA sendiri yang jelas sudah tidak senang duduk sejak pengumuman jenama itu sebagai penaja jersi pasukan, dimana rekod buruk ketika bersama pasukan Pahang FA suatu ketika dahulu masih lagi menghantui pemerhati sukan di Malaysia.

Perak FA 2020 Jersi

Terdahulu, beribu-ribu helai jersi yang telah ditempah oleh PAFA untuk dibuka jualan ketika majlis pelancaran itu berlangsung, namun segalanya tidak berlaku seperti dirancangkan kerana kualiti yang diterima itu tidak menepati apa yang PAFA mahukan dan memaksa majlis itu ditangguhkan sehingga kini.

Gambar diatas adalah sehelai jaket yang telah tular di media sosial beberapa minggu lalu dan membayangkan kelengkapan pasukan hampir siap tetapi sebaliknya berlaku dan ini telah menyebabkan ramai penyokong Perak FA malu dan tidak berpuas hati dengan apa yang terjadi.

Ada juga penyokong yang sudah melaungkan cadangan supaya Perak FA menggunakan jenama-jenama tempatan untuk kelengkapan pasukan musim 2020 ini tetapi semua ini terserah kepada pengurusan Perak FA untuk menentukannya tidak lama lagi.

Baca juga artikel lain berkaitan Isu Jersi Perak FA yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Kualiti Jersi Yang ‘Cikai’ Punca Utama Majlis Pelancaran Jersi Perak FA 2020 Ditangguhkan?

Presiden PAFA Beri Jaminan Jersi Perak Kali Ini Lebih Cantik

Majlis Pengenalan Pemain Dan Pelancaran Jersi Perak 2020 Terpaksa Ditunda Kerana Masalah Teknikal