Esok, skuad Helang Merah dan The Bos Gaurus bakal berentap dalam perlawanan khas merebut perisai kejuaraan ‘UNITY SHIELD’ diantara yang akan berlangsung di Stadium Perak pada jam 9.00 malam.

‘UNITY SHIELD’ merupakan perlawanan yang diilhamkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Dato’ Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir bagi menyatu padukan hubungan dua kelab bolasepak di utara tanahair iaitu antara KFA dengan Persatuan Bolasepak Perak (PAFA).

Tahun 2020 merupakan edisi ke-2 perlawanan di mana pasukan Perak pula yang akan menjadi tuan rumah. Perlawanan edisi pertama pada tahun lepas menyaksikan Kedah muncul juara setelah menewaskan skuad kendalian Mehmet Durakovic itu dengan jaringan 2-0 di Stadium Darul Aman.

Pengendalinya, Aidil Sharin Sahak berkata dalam Sinar Harian, pasukannya sedia mempertahankan kejuaraan dan perlawanan itu menjadi medan untuk persiapan anak buahnya menghadapi Juara Liga Super 2019, JDT bagi aksi Piala Sumbangsih 2020 di Stadium Sultan Ibrahim pada 28 Februari ini.

86213536_3072956362736820_8500972401822007296_o

FOTO: KFA

“Kami sudah tentu mahu melakukan yang terbaik selain mahu mengekalkan rekod memenangi perisai ini seperti dimenangi pada tahun yang lalu.

“Setakat ini pemain saya cukup fokus, bekerja keras dan mereka tahu apa yang perlu dibuat pada perlawanan tersebut. Kami akan berusaha untuk menang tetapi dalam masa sama juga mahu mengelakkan kecederaan bagi menghadapi JDT untuk merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah minggu depan,” katanya.

Perisai kejuaraan ‘UNITY SHIELD’ ditempah khas dari Royal Selangor Pewter Factory dan perlawanan itu akan berlangsung secara tahunan dengan giliran venue antara Alor Setar dan Ipoh.

49343346_2302892873076510_4813623449266159616_n

FOTO: Kedah FA

Format perlawanan ini akan dijalankan selama 90 minit, pertukaran pemain tanpa had dan jika masa penuh 90 minit berakhir dengan berkedudukan seri, sepakan penalti akan menentukan pemenangnya.

Menurut kenyataan rasmi daripada PAFA, para penyokong boleh membeli tiket perlawanan ‘Unity Shield’ lebih awal di kaunter tiket pada hari ini, jam 3-5 petang di Grandstand.

Para peminat juga boleh mendapatkan tiket pada hari esok di Grandstand (10 pagi- 5 petang) dan Pintu B, D & E (6 petang – 9.30 malam). Tiket berharga RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak.

Lihat artikel lain mengenai perkembangan pasukan Kedah dan Perak melalui pautan dibawah.

Perak FA ‘Panik’ Pembekal Jersi Bermasalah, Pihak Pengurusan ‘Kalut’ Cari Penyelesaian Menjelang Sepak Mula

Asmirul Anuar Nafi Kedah Ada Masalah Tunggakan Gaji Dua Bulan

Perak Tiada Perancangan Untuk Naturalisasikan Leandro Dos Santos

Kedah Lancar Jersi ‘Home’ Dan ‘Away’ Musim 2020, Peminat Samakan Dengan Corak Buah Tembikai

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group