Pengurus skuad The Bos Gaurus, Datuk Adly Shah Ahmad berkata pihaknya kini sedang merancang untuk mengikat seorang lagi pemain import kuota Asia bagi menggantikan tempat pemain pertahanan Lubnan, Hussein El Dor bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Hussein yang dibawa masuk ketika jendela perpindahan kedua pada bulan Mei lalu tidak dilanjutkan kontrak walaupun berjaya bantu Perak mara ke perlawanan akhir Piala FA 2019.

Adly turut mengesahkan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) kini sudah ada beberapa nama yang bakal menggantikan tempat Hussein dan tidak pernah beraksi di Malaysia.

“Setakat ini, kita sudah ada beberapa nama cuma belum boleh didedahkan kepada umum. Apa yang boleh saya beritahu, semua pemain ini tidak pernah beraksi dalam kancah Liga Malaysia,” katanya dalam Bernama.

Raianderson da Costa Morais
Sumber Gambar: Perak TBG

Malah, Presiden PAFA, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memberi bayangan kemungkinan akan mendapatkan pemain import dari Vietnam memandangkan mereka kini sedang meningkat naik dan meraih beberapa kejayaan di Asia.

“Saya lihat boleh tahan mereka (pemain bola sepak Vietnam) bermain. Saya beritahu kepada Mehmed (Durakovic) pergi ‘tengok-tengokkan’ pemain-pemain tersebut,” jelasnya.

PAFA setakat ini berjaya mengikat bekas penyerang import Kuala Lumpur, Guilherme De Paula selama setahun bagi menggantikan tempat Ronaldo Da Silva. Manakala khidmat Careca Raianderson dan Leandro Dos Santos dikekalkan.

“Antara sebab kita pilih dia adalah berdasarkan faktor kualiti dan pengalamannya yang sebelum ini pernah beraksi bersama beberapa pasukan Liga Malaysia seperti Selangor, PDRM dan Kuala Lumpur,” kata Adly.

Guilherme
Sumber Gambar: KL Hawks

Selain itu, dua pemain bintang tempatan yang berpengalaman luas turut diburu bagi memperkuatkan pasukan. Berdasarkan khabar angin di media sosial, salah seorang daripadanya ialah bekas pemain JDT dan Selangor iaitu Amri Yahyah.

“Kedua-dua mereka merupakan pemain yang berpengalaman dan dikenali oleh penyokong. Kita telah buat perbincangan dengan mereka dan jika berjalan lancar mereka akan sertai Perak dalam masa terdekat,” katanya.

Lihat artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.

Amirul Hadi Zainal Sertai Staf Kejurulatihan Johor Darul Ta’zim II

Michael Feichtenbeiner Isi Jawatan Pengarah Teknikal Selangor FA

Liga Malaysia 2020: Ishak Kunju Dipilih Sebagai Ketua Jurulatih PDRM FA