Pasukan Perak berazam untuk meleburkan rekod tanpa kalah yang dimiliki oleh juara Liga Super musim ini, Johor Darul Ta’zim apabila kedua-dua pasukan bakal bertembung di Stadium Perak pada esok.

Perak, yang masih segar daripada kejayaan mereka melangkah ke perlawanan akhir Piala FA 2019 tewas kepada JDT pada perlawanan pembukaan Liga di Larkin dan ketua jurulatih pasukan, Mehmet Durakovic optimis skuad The Boss Gaurus mampu untuk meraih kemenangan.

perak-head-coach-mehmet-durakovic-132017_debae6sfrdxr1azqb6z69c6z6-800×533
Sumber Gambar: Football Tribe

JDT adalah pasukan terbaik di Malaysia dan kami harus menghormati mereka. Kami akan cuba beri yang terbaik, pemain akan beri komitmen 100 peratus untuk perlawanan malam esok, insya-Allah (kami boleh menang), tiada siapa yang tahu,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Namun, Mehmet masih lagi bekira-kira sama ada beliau boleh menurunkan tiga pemain tonggak iaitu Ronaldo Henrique, Nazirul Naim dan Amirul Azhan Aznan. Ketiga-tiga pemain masih lagi dinilai sama ada mampu beraksi selama 90 minit ataupun sebaliknya.

Ronaldo Enrique
Sumber Gambar: Perak TBG

Perak ketika ini berada dalam prestasi terbaik apabila meraih 9 mata daripada 3 perlawanan terakhir Liga. Beraksi di hadapan sendiri dan baru sahaja mengesahkan tempat di pentas final Piala FA sudah pasti memberikan motivasi tambahan kepada pemain.

Untuk makluman, Stadium Perak pernah menyaksikan pasukan tuan rumah meleburkan rekod 25 perlawanan tanpa kalah JDT pada musim 2017/2018.