Kelab Bola Sepak Perak (PFC) semalam telah memperkenalkan logo baharu yang akan digunakan secara rasmi dalam saingan Liga Malaysia musim ini. Logo tersebut adalah sebahagian daripada langkah penjenamaan semula dibawah pemilik baharu, Impact Media and Communications’ (IMC).

Ini kali ketiga logo Perak bertukar dan sebelum ini telah diadakan pertandingan mencipta logo untuk digunakan pada musim 2021.

Namun begitu, logo baharu pada musim 2022 tetap mengekalkan 3 warna tradisi utama iaitu putih, kuning dan hitam disertakan tulisan TBG (The Bos Gaurus) di kepala maskot seladang.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Muhammad Yunus Zakariah menerusi laporan dalam Sinar Harian menjelaskan isu hak cipta menjadi sebab utama kenapa logo Perak perlu ditukar pada tahun ini dengan menggunakan khidmat pereka grafik sendiri.

“Perubahan logo ini juga merupakan penjenamaan semula dan perubahan pengurusan Perak FC itu sendiri. Kita sebelum telah mulakan dengan pembaharuan pasukan dengan barisan kejurulatihan baharu, bukan sekadar ubah logo semata-mata.

“Perubahan logo ini melibatkan isu ownership logo lama. Apa yang pasti perubahan ini sesuatu yang positif buat pasukan dan kita sangat berharap agar peminat Perak FC terus memberikan sokongan kepada kelab,” katanya kepada Sinar Harian.

Perak yang beraksi dalam saingan Liga Premier musim ini akan dibimbing oleh Ketua Jurulatih baharu, Yusri Che Lah dibantu oleh beberapa bekas pemain yang menjadi pembantu jurulatih. Mereka menyasarkan untuk kembali semula ke Liga Super pada tahun 2023.

Dengan sekumpulan pemain muda berbakat besar dimiliki skuad Kejor Yob Kejor itu, segalanya seperti sudah tersedia buat Yusri untuk mengembalikan reputasi hebat pernah dikecapi Perak.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Mamadou Samassa Dan Billy Ketkeophomphone Sah Milik Sri Pahang

Lim Teong Kim Nafi Minta Gaji Tinggi, TMJ Balas “Jangan Nak Temberang”

Tiada Lagi Zainal Abidin, Melaka United Umum Risto Vidaković Sebagai Ketua Jurulatih Baharu

Tiga Pasukan Liga Super Bakal Berentap Dalam Piala Menteri Besar Terengganu

FAM Dapat RM10 Juta Daripada Kerajaan Untuk Pembangunan Bola Sepak