Pasukan Perak dilihat mahu merancang masa depan kelab dimana mereka dikhabarkan mahu membina sebuah akademi dengan menggunakan model yang digunakan oleh dua kelab ternama di Eropah iaitu Arsenal dan Ajax Amsterdam.

Perkara ini dikongsikan oleh Perak The Yob di laman media sosial Twitter dimana pemilik pasukan, XOX Berhad akan menjalin kerjasama bersama SSI yang merupakan pemilik pusat latihan Perak untuk menubuhkan akademi tersebut.

Perkara ini dilihat sebagai satu perkembangan positif bagi pasukan itu dimana sebelum ini mereka hampir disingkirkan dari saingan Liga Malaysia ekoran krisis kewangan sekaligus gagal membayar gaji pemain dan pegawai sedia ada dan juga musim lalu.

Akademi Ajax Amsterdam berjaya melahirkan beberapa pemain berkelas dunia seperti Marco van Basten, Johan Cruijff, Frank Rijkaard, Dennis Bergkamp, Wesley Sneijder, Rafael van der Vaart dan Mathijjs de Light.

Baru-baru ini, XOX dilaporkan sudah mula melakukan pembayaran tunggakan gaji yang melibatkan sebahagian besar kakitangan serta para pemain kelab saingan Liga Premier tersebut.

Menurut laporan yang dikeluarkan laman Facebook rasmi Perak Football Club sebentar tadi, syarikat telekomunikasi itu sudah membuat bayaran sebanyak hampir RM1.6 juta kepada 94 orang individu terlibat.

Sementara itu, XOX Bhd turut menjangkaan bahawa tunggakan gaji melibatkan baki 74 orang lagi akan diselesaikan pada masa terdekat sebaik sahaja selesai semua proses pengesahan dan pengisytiharan hutang-hutang.

“Pihak pengurusan baharu Perak FC bersama pihak eksekutif XOX mengucapkan terima kasih kepada para peminat dan semua pihak berkaitan dengan kelab bola Perak atas sokongan mereka.

“XOX berharap agar ini merupakan permulaan baharu dengan memberi tumpuan kepada pembinaan semula Perak FC serta mengembalikan zaman kegemilangannya,” ujar pihak tersebut menurut kenyataan dikeluarkan.

Perak ketika ini masih menghuni tangga terbawah Liga Premier dengan -3 mata meskipun sudah mencatatkan dua kemenangan dan pasti sinar baharu akan menyinari skuad ‘Kejor Yob Kejor’ itu dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

Pemain Piala Presiden Selangor Disahkan Meninggal dunia

Brad Maloney: Pintu Sentiasa Terbuka Untuk Semua Pemain

Sanusi Enggan Balas Pertanyaan TMJ, Bimbang Dilabel Sebagai ‘Derhaka’