Pengurusan pasukan Perak memberikan jaminan bahawa mereka akan menyelesaikan tunggakan gaji pemain sedia ada dalam masa terdekat.

Semalam, Vocket FC melaporkan pemain Perak sudah dua bulan tidak menerima gaji dan pihak pengurusan meminta agar pemain untuk menunggu sehingga 7 Mac ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab, Muhammad Yunus Zakariah berkata pihak pengurusan akan membayar gaji sekurang-kurangnya pada 7 Mac ini, berdasarkan apa yang berada di dalam kontrak yang telah ditandatangani.

“Perak FC telah meminta para pemain mereka untuk menunggu sehingga 7 Mac, selepas laporan mengenai gaji tidak berbayar diperkatakan di media sosial. Para pemain dilaporkan belum menerima gaji mereka untuk 2 bulan terakhir ini.

“Walaupun kelab telah menjamin pembayaran gaji kepada bekas para pemain import sebelum akhir bulan April, iaitu sebulan sebelum jendela perpindahan yang kedua, jaminan sedemikian tidak diberikan kepada pemain tempatan sedia ada.

“Muhammad Yunus Zakariah, Ketua Pegawai Eksekutif pasukan menyatakan bahawa pihak pengurusan akan membuat pembayaran itu selewat-lewatnya pada 7hb Mac seperti yang
dinyatakan dalam kontrak masing-masing.

“Beliau juga berkata bahawa kelab bercadang
untuk menyelesaikan semua tunggakan kepada pemain sedia ada, atau sekurang-kurangnya bayaran bulan pertama terlebih dahulu.

“Mengenai jersi rasmi pasukan, Yunus berkata penaja jersi masih kekal Lotto, walaupun pelbagai spekulasi telah dibuat di media sosial. Seperti yang diumumkan di forum peminat pada 5 Januari lalu, jersi pasukan untuk beberapa perlawanan yang pertama
adalah menyamai jersi yang dipakai semasa perlawanan pra-musim.

“Jersi rasmi pasukan Perak untuk musim 2022 yang akan dijual kepada para peminat akan diperkenalkan dalam bulan April atau Mei,” dipetik dari kenyataan yang dikeluarkan pihak kelab.

Bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2022, Perak terpaksa menggunakan pemain dari skuad musim lalu setelah mereka dikenakan hukuman digantung dari menandatangani pemain baharu ekoran belum menyelesaikan tunggakan gaji sedia ada.

Antara pemain yang tidak dapat didaftarkan ialah Indra Putra Mahyuddin dan Wan Zack Haikal.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

FAM Jelaskan Faktor Utama Tidak Hantar Skuad Wanita Beraksi Di Sukan SEA Vietnam

Gandingan Kpah Sherman Dan Kipre Tchetche Taruhan Terengganu Robek Gawang Tok Gajah

Hanya Penyokong Lengkap Suntikan Dos Penggalak Sahaja Dibenarkan Masuk Ke Stadium