Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Football League (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan memberi bayangan pasukan Perak FC bakal dikenakan hukuman kerana tindakan penyokong mereka membaling suar ke dalam padang ketika aksi Liga Super menentang Sri Pahang pada hari Ahad.

Suar termasuk dalam senarai barang larangan dibawa masuk ke stadium dan ia merupakan satu kesalahan besar yang boleh menyebabkan Perak dikenakan hukuman berat.

β€œIa satu kesalahan serius, saya sedang menunggu laporan daripada persuruhjaya perlawanan dan daripada laporan itu, MFL akan bertindak mengikut manual dan perundangan Liga-M (Liga Malaysia),” kata Ab Ghani dipetik dalam Bernama.

Baru-baru ini penyokong setia pasukan Perak meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kegagalan pihak pengurusan menjaga kebajikan pemain apabila berlaku tunggakan gaji selama 2 bulan.

Disebabkan itu, mereka bertindak membaling suar ke dalam padang pada minit terakhir pada perlawanan menentang Sri Pahang sebagai tanda protes dan kemuncak kemarahan mereka.

Bagaimanapun, keadaan dapat dikawal oleh polis dan petugas stadium dengan aksi yang berbaki beberapa minit itu kemudian diteruskan. Perak tewas 2-3 pada perlawanan itu dan kini berada di tangga ke 10 dalam carta Liga Super.

β€œMungkin disebabkan kekecewaan dalam kalangan penyokong Perak FC, tetapi jangan diluah di dalam stadium sebab yang akan menerima padahnya pasukan itu sendiri. MFL memandang serius perkara ini,” ujar Ab Ghani.

Baca artikel lain mengenai isu yang membabitkan pasukan Perak yang dilaporkan baru-baru ini.Β 

TERKINI: Kecewa Tak Dapat Gaji, Pemain Perak Boikot Sesi Latihan

Hafizul Hakim Fail Saman Fitnah Terhadap Seorang Penyokong Perak Sebanyak RM5 Juta

TERKINI: Rizal Ali Umum Peletakan Jawatan Sebagai CEO Perak FC