Dua pasukan iaitu pendatang baharu Liga Super, Kuala Lumpur dan Perak dikaitkan dengan bekas pemain sayap Kedah, Hadin Azman bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Menurut perkongsian wartawan The Star, T.Avineshwaran, Hadin masih belum membuat keputusan sama ada mahu menyertai Perak atau beraksi bersama negeri kelahirannya itu.

Hadin menjadi salah satu daripada barisan pemain yang tidak diberikan kontrak lanjutan oleh pengurusan pasukan Kedah bagi menghadapi saingan musim 2021.

Meskipun membantu Kedah menamatkan saingan Liga Super di tangga kedua sekaligus mara ke saingan Piala AFC musim hadapan, namun nama Hadin tiada dalam perancangan dan Kedah dilihat mahu merombak barisan pemain tempatan.

Hadin Azman
Hadin Azman

Kuala Lumpur dan Perak masing-masing sedang mempersiapkan pasukan menjelang aksi Liga Super musim hadapan dimana skuad The City Boys tidak mahu kembali terjerumus ke saingan Liga Perdana.

Perak pula sudah memuktamadkan beberapa pemain baharu seperti bekas pemain import Kedah serta penjaga gol, Shakir Hamzah dan Azri Abdul Ghani.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Kelantan United Jalin Kerjasama Dengan Yakult Malaysia, Dijangka Akan Ada Pemain Dan Jurulatih Jepun Musim 2021

Tiada Pemain Import, PJ City Guna Khidmat Pemain Tempatan Sepenuhnya

Dr. Johan Kamal Hamidon Dipilih Sebagai CEO Selangor FC