Pep Guardiola menamatkan spekulasi masa depan beliau dengan Manchester City. Ini apabila pengurus dari Sepanyol itu melanjutkan kontraknya selama 2 tahun lagi dengan City.

Guardiola kini berada dalam tahun akhir kontraknya. Pengurus berusia 49 tahun itu mencapai kesepakatan dengan Man City untuk terus kekal di Etihad sehingga 2023.

“Manchester City dengan berbesar hati, mengumumkan bahawa Pep Guardiola telah menandatangani perjanjian dua tahun baru dengan kelab itu,” kata satu pernyataan rasmi kelab di laman web City.

BBC melaporkan, Guardiola menolak beberapa tawaran termasuk dari Juventus dan PSG.

Bersama dnegan City, Guardiola telah memenangi dua gelaran Liga Perdana Inggeris, tiga Piala Liga dan Piala FA bersama City.

Sasaran penting beliau bersama City adalah Liga Juara-Juara pertama kelab, yang masih belum tercapai.

“Sejak saya tiba di Manchester City, saya merasa sangat dialu-alukan di kelab dan di bandar itu sendiri – dari pemain, kakitangan, penyokong, orang-orang Manchester dan pegawai serta pemiliknya,” kata Guardiola.

“Kerana itulah kami telah mencapai banyak kejayaan bersama, menjaringkan gol, memenangi perlawanan dan piala, dan kami semua sangat bangga dengan kejayaan itu.”

“Mempunyai sokongan seperti itu adalah perkara terbaik yang dapat dimiliki oleh pengurus.”

“Saya mempunyai semua yang saya mahukan untuk melakukan tugas saya dengan baik dan saya merasa rendah diri dengan keyakinan yang ditunjukkan oleh pemilik, ketua pengurusan, Ferran (Soriano) dan Txiki (Begiristain) – untuk saya teruskan selama dua tahun lagi selepas musim ini.”

“Cabaran bagi kami adalah untuk terus meningkatkan diri dan berkembang dan saya sangat gembira dapat membantu Manchester City melakukannya.”

Baca juga perkembangan lain

FIFA Akan Melancarkan Pengadilan Ofsaid VAR Menggunakan AI

Messi Berikan Respon Selepas Dituduh Benci Dan Jahat Dengan Griezmann

Low: Entah Apa Benda Kami Lakukan Atas Padang Tadi

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group