Pengurus Manchester City, Pep Guardiola tanpa berselindung mengakui Sergio Aguero merupakan seorang penyerang yang tiada gantinya selepas pemain tersebut sah akan meninggalkan The Cityzens pada penghujung musim ini.

Perkembangan terbaharu itu menyaksikan Aguero akan meninggalkan kelab yang sudah diwakilinya selama 10 musim dimana sepanjang tempoh tersebut beliau telah memenangi empat kejuaraan Liga Perdana Inggeris (2011/12, 2013/14, 2017/18 dan 2018/19).

Sepanjang menyarung jersi Manchester City sehingga artikel ini ditulis, pemain kelahiran Buenos Aires, Argentina itu telah berjaya meledakkan 257 jaringan sekali gus menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman buat kelab tersebut.

Selain itu, beliau telah mencipta 73 bantuan jaringan dalam 384 keseluruhan perlawanan dilalui dalam semua pertandingan bersama Manchester City.

Statistik tersebut nyata menjadi alasan kukuh buat Guardiola untuk mengatakan bahawa Aguero merupakan penyerang yang tiada ganti buat skuad bimbingannya.

“Kami masih mempunyai dua bulan lagi dan hari ini saya melihat sesi latihan, betapa cemerlangnya dia dan komitmennya.”

“Sergio seorang yang tiada gantinya. Saya boleh menyebut dalam beberapa perkara bahawa dia boleh digantikan tetapi tidak mudah ketika anda melihat dia telah bermain lebih daripada 360 perlawanan dan menjaringkan lebih daripada 250 gol serta begitu banyak trofi dimenanginya.”

“Jadi, dia merupakan seorang legenda, penyerang terbaik yang pernah dimiliki kelab ini pada abad ini,” ujar Guardiola menurut laporan Goal.

“Namun, jiwanya terhadap kelab ini tidak boleh digantikan, dia sentiasa di hati, di minda setiap penyokong kami, para pemain yang beraksi bersamanya dan semua pengurus yang pernah bekerja dengannya.”

“Dia seorang yang sangat hebat sebagai manusia biasa dan saya pasti jika fikirannya masih lagi agresif, dia boleh terus melanjutkan kariernya lebih lama di sini mungkin dua, tiga, empat atau lima tahun lagi,” tambah Pep Guardiola lagi.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

Zamsaham: Bekas Pemain Keluarkan Kenyataan Di Media Sosial Terlebih Dahulu

Inter Milan Perkenalkan Logo Baharu Untuk Musim 2021/2022

Kiatisuk Senamuang Pelawa Chanathip Songkrasin Beraksi Di Liga Vietnam

Sumber