Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menyalahkan permukaan padang di Selhurst Park sebagai punca kenapa mereka sukar untuk beraksi dan akhirnya keciciran mata.

Pep Guardiola berkata, keadaan rumput yang tidak sempurna merencatkan permainan mereka namun.

Namun menurut Pep Guardiola, Manchester City tetap berjaya beraksi dengan sangat baik di sebalik cabaran beraksi di atas padang tersebut.

Manchester City kini hanya 4 mata di atas Liverpool. Namun skuad Jurgen Klopp itu masih ada kurang 1 perlawanan lagi pada masa ini. Di mana Liverpool akan turun berdepan dengan pasukan dalam prestasi terbaik mereka ketika ini iaitu Arsenal pada Rabu.

City terikat tanpa jaringan dalam kunjungan mereka ke Crystal Palace. Guardiola turut kecewa kerana pasukannya gagal menyempurnakan beberapa peluang yang mereka miliki.

Crystal Palace beraksi sangat baik walaupun hanya menguasai kurang 30% bola. Malah mencipta beberapa momen yang baik ketika serangan balas.

Manchester City melakukan 18 percubaan ke arah gol dengan 747 hantaran dilakukan keseluruhannya. Angka dominan itu juga menyaksikan City menguasai 74% bola.

“Tiada istilah nasib dalam bola sepak,” tegas Guardiola. “Kami harus menjaringkan beberapa gol namun kami gagal melakukannya. Kami bermain bola sepak untuk menjaringkan gol dan melepaskan bolos yang sedikit. Kami agak bergelut [hari ini].”

“Kami bermain bola sepak yang sangat baik. Dalam 90 minit kami melakukan beberapan kesalahan, tetapi cara kami bermain sangat baik.”

“Masalah kami hanyalah, kami tidak dapat menjaringkan gol.”

“Kami bermain untuk menang. Kami mencipta lebih banyak peluang dan kami bolos sedikit, statistik ada di sana membuktikannya.”

“Cara kami bermain adalah hebat di dalam stadium yang sukar ini, dengan rumputnya yang tidak sempurna.”

“Kami sentiasa bersedia, jadi kami bermain permainan yang bagus.”

Dengan keputusan seri dicatatkan Manchester City, persaingan kejuaraan liga kini benar benar terbuka. Selepas pada Januari lalu, Liverpool ketinggalan 13 mata. Kini Liverpool berpeluang merapatkan jurang mata kepada hanya 1 mata dan masih ada perlawanan menentang Man City selepas ini.