Seperti artikel yang telah kami keluarkan sebelum ini berkaitan senarai pemain Vietnam yang dipanggil melaporkan diri ke kem latihan skuad kebangsaan negara itu, nama-nama penjaga gol yang tersenarai mula menjadi bualan hangat para penyokong.

4 penjaga gol yang berada dalam kem latihan mereka ketika ini dikatakan bukan calon-calon yang terbaik berdasarkan aksi dalam saingan liga domestik mereka.

Timbul persoalan misteri dalam kalangan penyokong Vietnam bagaimana pemilihan pemain untuk posisi ini dilakukan kerana 3 penjaga gol yang terpilih beraksi dengan 3 pasukan tercorot dalam saingan V.League 1 2021.

Seorang lagi dari Hanoi FC yang berada dikedudukan ke-7 liga dan semuanya telah bolos 14 atau 15 gol dalam 12 perlawanan!

VLeague1

Turut diperkatakan juga mengenai Dang Van Lam yang akan terbang terus ke UAE dari Osaka bagi menyertai kem latihan skuad kebangsaan Vietnam.

Untuk makluman, Dang Van Lam sudah tidak beraksi dalam mana-mana perlawanan dalam tempoh hampir 6 bulan terkini dan perkara ini telah menyebabkan penyokong Vietnam ‘pening’ bagaimana pemilihan pemain diposisi penjaga gol dilakukan.

Menurut artikel dari ZingNews, ada sekurang-kurangnya 3 penjaga gol lain yang mempamerkan prestasi lebih baik terutama yang bermain dengan HAGL atau Viettel, tetapi semua pemain ini tidak dipanggil ke kem skuad kebangsaan.

Artikel itu turut menyatakan bahawa sukar bagi mereka untuk mencari ‘professional reason’ mengapa penjaga gol lain tidak mendapat tempat dimata Park Hang-seo.

Mereka percaya bahawa ketua jurulatih Vietnam itu lebih gemar untuk memanggil pemain-pemain yang ‘dikenali rapat’ atau banyak terlibat dalam kem latihan kejohanan lain sebelum ini seperti AFC U23 serta Sukan SEA.

Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Tan Cheng Hoe Jelaskan Objektif Yang Mahu Dicapai Ketika Berdepan Kuwait Dan Bahrain

4 Pemain Disebut Tan Cheng Hoe Yang Akan Berikan ‘Depth’ Di Bahagian Pertahanan Malaysia

TCH: Liridon Krasniqi, Junior Eldstal Dan Guilherme de Paula Tambah Kekuatan Fizikal Pasukan