Demam bola sepak Sukan SEA mula dirasai apabila apabila ratusan penyokong Vietnam berkampung di perkarangan stadium untuk membeli semua tiket perlawanan peringkat kumpulan yang melibatkan pasukan kesayangan mereka.

Tidak mahu terlepas peluang untuk menyaksikan perlawanan skuad bawah 23 tahun itu di halaman sendiri, mereka sanggup bermalam dan tidur di depan kaunter walaupun harga tiket tersebut dilaporkan lebih mahal daripada harga biasa.

Tiket yang diperuntukkan untuk jualan secara online sudah pun habis dijual dan setiap penyokong hanya dibenarkan membeli dua keping tiket sahaja untuk satu hari (2 perlawanan).

Sekumpulan penyokong Vietnam beratur sejak malam semalam dan ada diantara mereka terpaksa pulang dengan hampa apabila pihak penganjur mengumumkan semua tiket di kaunter stadium sudah habis pagi tadi.

Individu pertama yang telah berjaya membeli tiket tersebut ialah seorang pelajar sekolah menengah yang berusia 15 tahun, Vu Trung. Bercakap kepada Bongdaplus, beliau tiba bersama ibu dan adiknya sejak 6 petang semalam untuk memburu tiket tersebut.

Beliau telah membeli 8 keping tiket yang melibatkan 4 perlawanan skuad Vietnam dan keseluruhannya bernilai RM759.00.

FOTO: Thanhnien

Skuad Vietnam B-23 yang dikendalikan oleh Park Hang-seo kali ini sedia mempertahankan pingat emas bola sepak Sukan SEA yang dimenangi di Filipina pada tahun 2019.

Mereka juga membuat persiapan awal termasuk mengadakan dua perlawanan persahabatan menentang skuad bawah 20 tahun Korea Selatan. Pasukan itu turut menjadikan Sukan SEA sebagai medan panas badan sebelum hadapi Piala Asia B-23 di Uzbekistan.

Vietnam akan membuka kempen kumpulan A pada 6 Mei ini menentang Indonesia. Ia dijangka menjadi perlawanan yang cukup sengit.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Jurulatih Ulsan Hyundai Salahkan Penjaga Gol Sebagai Punca Tewas Kepada JDT

Disajikan Pemandangan Indah, Bali United Bina Pusat Latihan Rasmi Di Tepi Pantai

Singapura Umum Takayuki Nishigaya Sebagai Ketua Jurulatih Baharu

Penyokong Azul Claro Numazu Kibar Bendera Malaysia Sebagai Tanda Sokongan Kepada Hadi Fayyadh

Shanghai Port Tarik Diri Daripada ACL 2022, Hanya Tiga Pasukan Tempat Kedua Terbaik Mara Ke Pusingan 16