Penyokong kelab La Liga, Valencia sudah hilang sabar dengan pemilik pasukan, Peter Lim dan meminta beliau untuk segera meninggalkan pasukan.

Akhbar terkemuka Sepanyol, Marca melaporkan penyokong membuat satu tunjuk perasaan di luar pusat latihan dimana mereka mendesak Lim serta Presiden kelab, Anil Murthy untuk segera meninggalkan pasukan.

Valencia
Sumber Gambar: The Straits Times

Sejak Lim menjadi pemilik pasukan pada 2014, peminat tidak gemar dengan beliau dimana mereka menganggap Lim sentiasa membuat keputusan yang merugikan kelab serta enggan untuk menerima cadangan dari mana-mana pihak, termasuk pengurusan pasukan.

Antara tindakan Lim yang mengundang kritikan ialah memecat jurulatih secara mengejut seperti bekas pemain Manchester United, Gary Neville dan menjual beberapa pemain bintang pasukan dengan harga yang murah.

Valencia
Bekas ketua pasukan Valencia, Dani Parejo. Sumber Gambar: Sports Finding

Antara penjualan pemain yang tidak disenangi oleh pemain ialah ketua pasukan, Dani Parejo yang telah beraksi di Mestalla sejak 2011. Parejo dijual ke seteru utama iaitu Villarreal pada musim lalu. Selain itu, seorang lagi pemain kegemaran peminat iaitu Francis Coquelin turut dijual ke Villarreal.

Jumlah hutang yang ditanggung oleh Valencia juga tidak menunjukkan sebarang penurunan selain cadangan pembinaan stadium baharu yang masih belum direalisasikan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah di sini:

Barcelona Mahu Sadio Mane Ganti Messi Jika Pemain Itu Pergi

Harry Maguire Akhirnya Buka Mulut Insiden Di Greece

Jaami Qureshi Tandatangani Kontrak Selama Dua Tahun Bersama Brighton & Hove Albion