Semalam, pasukan Kelantan FC secara rasmi telah melancarkan jersi baharu pasukan untuk aksi Liga Premier musim 2021 secara atas talian menggunakan laman sosial Facebook mereka.

3 jersi yang dilancarkan semalam iaitu jersi home, away dan alternatif telah berjaya membuatkan penyokong pasukan Kelantan sangat teruja dengan rekaan yang kena dengan citarasa mereka terutama dari segi warna serta penggunaan ‘checkered box’.

Berdasarkan video pelancaran dan juga maklumat yang dihebahkan, harga jersi Kelantan FC musim 2021 ini berharga RM189 untuk edisi premium termasuk sehelai mafla pasukan. Untuk mereka yang mahu menambah nama dan juga nombor, tambahan RM25.

black

Jersi hitam emas dilihat sebagai satu tarikan yang mungkin mampu menggugat jersi utama Kelantan FC berdasarkan komen-komen penyokong The Red Warriors selepas melihat pelancaran jersi tersebut, yang kelihatan lebih ‘elegant‘.

Ada juga komen yang menyatakan bahawa mereka seolah-olah sudah membuat keputusan untuk membeli jersi pasukan untuk dijadikan sebagai baju raya 2021!

“Raya tahun ni ambo te jersi ni doh!”

koemmn

Beginilah maklum balas yang diterima daripada penyokong-penyokong Kelantan FC yang sememangnya ‘lapar’ bola dan tidak sabar untuk memiliki jersi keramat The Red Warriors musim ini selepas diambil alih oleh ZamSaham.

Jersi Kelantan FC kini boleh dibeli secara online melalui platform Shopee, dan semua tempahan kini dibuat secara pre-order yang akan dihantar dalam tempoh 30 hari mengikut maklumat yang dipaparkan.

Sek kito jange pecoh!

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

Amirizdwan Taj: Daripada ‘Striker’ Kolej Perindu UiTM Shah Alam Hingga Dipanggil Datuk K Rajagobal

Malaysia Berisiko Terlepas Slot Automatik AFC Champions League Jika Gagal ‘Perform’ Diperingkat Asia 2021

Lelaki Poland Ini ‘Exchange’ Jersi AS Roma Dengan Rakannya Untuk Miliki Jersi Selangor Musim 2013

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group