Penyokong skuad kebangsaan Thailand yakin dengan kemampuan ketua jurulatih baharu, Alexandre Polking untuk menguruskan pasukan negara itu dan memenangi trofi di peringkat antarabangsa.

Menurut laporan SMM Sport, satu undian telah dijalankan setelah Polking dilantik sebagai ketua jurulatih dan rata-rata peminat yakin dengan kemampuan bekas pengendali Bangkok United itu.

Alexandre Polking
Aksi Guilherme De Paula ketika Malaysia menentang Thailand. Sumber Gambar: Chnagsuek

Selain itu, peminat skuad Gajah Perang juga positif Polking mampu untuk membawa pulang trofi Piala AFF Suzuki yang mana saingannya akan bermula pada Disember ini selain meningkatkan mutu dan kualiti pasukan negara mereka.

Kali terakhir Thailand bergelar juara Piala AFF ialah pada edisi 2016 dimana skuad yang dibimbing oleh Kiatisuk Senamuang ketika itu menewaskan Indonesia di perlawanan akhir dengan keputusan 3-2 secara agregat.

Alexandre Polking dilantik bagi menggantikan bekas ketua jurulatih Piala Dunia 2018 pasukan Jepun, Akira Nishino yang gagal untuk memberikan impak positif dalam skuad Thailand.

Akira gagal membawa Thailand ke kelayakan pusingan ketiga Piala Dunia 2022 selain menamatkan saingan pusingan kedua di tangga keempat, dibelakang Vietnam, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Malaysia.

Dalam saingan Piala AFF Suzuki 2020, Thailand diundi dalam kumpulan A bersama Filipina, Myanmar, Singapura dan pemenang aksi play-off antara Brunei menentang Timor Leste.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:

Walaupun Kurang Minit Bermain, Aidil Zafuan Sedia Tampilkan Prestasi Terbaik

Langkawi City Rancang Pasarkan Pemain Muda Berbakat Ke Eropah

Shane Lowry Tandatangani Kontrak Lanjutan Bersama JDT Sehingga 2023