Sebelum pengumuman berkenaan perjalanan Liga Malaysia yang dibuat oleh pihak FAM dan MFL semalam, penyokong pasukan Terengganu terutamanya telah mula ‘panas kepala’ dengan keputusan penangguhan perlawanan bertemu PJ City FC.

Apa yang menyebabkan mereka berasa amat marah adalah kerana keputusan penangguhan ini dibuat atas alasan pihak PJ City FC gagal menyediakan venue perlawanan alternatif selepas Stadium MBPJ kini masih lagi dalam proses penambahbaikan dan tidak boleh digunakan.

Lebih mengecewakan lagi, permohonan penangguhan itu dibuat oleh pasukan Terengganu yang merupakan pasukan pelawat dan bukannya pasukan PJ City FC sebagai pasukan tuan rumah.

ES9gsrqU0AAadhW

Persoalan besar yang utama kini adalah, mengapa pihak pengurusan pasukan Terengganu memohon untuk menangguhkan perlawanan tersebut dan sehingga artikel ini ditulis tiada sebarang kenyataan rasmi dari pihak pengurusan pasukan Terengganu menjelaskan tindakan mereka ini.

Pada kebiasaannya, jika pasukan tuan rumah gagal menyediakan venue perlawanan sehingga perlawanan itu tidak boleh dilangsungkan, pasukan pelawat mungkin diberikan kemenangan percuma dengan keputusan 3-0.

Walau bagaimanapun, dengan ketiadaan manual pertandingan Liga Malaysia yang dikeluarkan oleh pihak MFL setakat ini, semua ‘orang luar’ hanya mampu berada dalam kegelapan serta membuat andaian mengenai hukuman yang patut diterima oleh pihak PJ City FC.

Banyak persoalan akan timbul berkenaan dari isu penangguhan ini sebenarnya terutama mengenai kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pasukan Terengganu khususnya.

Screenshot 2020-03-14 at 3.24.59 AM

Dalam penjelasan yang dikeluarkan oleh pihak MFL ada menyebut bahawa penukaran venue perlawanan ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak juga tidak dapat dilakukan kerana pihak pasukan Terengganu sudah membuat tempahan penerbangan serta penginapan untuk perlawanan tersebut.

Jadi, dengan menangguhkan perlawanan itu ke satu tarikh lain, adakah pihak Terengganu tidak mengalami kerugian tiket penerbangan dan penginapan seperti yang dinyatakan? Ini antara perkara lucu serta tidak mampu dicernakan adalah para penyokong Terengganu malahan peminat bola sepak lain sebenarnya.

Selain itu, pihak MFL juga menyatakan bahawa PJ City FC tetap akan dikenakan hukuman atas kegagalan menyediakan venue dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MFL yang akan datang.

Pada hemat kami, PJ City FC wajib diberikan kekalahan 0-3 serta perlu membayar semua ganti rugi yang dialami oleh pasukan Terengganu selain bayaran pampasan yang sesuai selepas gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Namun, apa yang penyokong mahu sekarang adalah penjelasan dari pihak pengurusan Terengganu ataupun Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengapa mereka memohon pengangguhan dan bukan dari pihak PJ City FC.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Malaysia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Perlawanan PJ City Menentang Terengganu FC Ditangguhkan Kerana Tiada Stadium

Penjelasan MFL Berhubung Pengangguhan Perlawanan PJ City FC Bertemu Terengganu

Kehadiran Penonton Ke Stadium Perlawanan Ke-3 Menurun Lebih 50%, 4 Venue Bawah 1000 Penonton

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group