Debaran final Piala FA 2022 mula dirasai apabila jualan tiket perlawanan tersebut mendapat sambutan yang luar biasa daripada para penyokong Terengganu.

Ini dibuktikan apabila Kelab Bola Sepak Terengganu (TFC) semalam mengumumkan semua tiket yang diperuntukkan untuk penyokong mereka sudah habis dijual.

Senarai harga tiket perlawanan akhir Piala FA tahun ini dikekalkan seperti perlawanan akhir TM Piala Malaysia tahun lepas bermula dengan General Admission yang berharga RM50 dan RM70, Premium Granstand RM150 serta satu kategori baru VIP Grandstand RM200.

Namun, penyokong Terengganu sanggup bayar dengan harga tinggi kerana tidak mahu terlepas peluang menyaksikan perlawanan akhir menentang JDT pada 10 September di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Dimaklumkan oleh pihak Tickethotline sebentar tadi kesemua tiket bagi GA50, GA70, PG150 dan VIPG200 untuk penyokong Terengganu FC telah habis terjual. Terima kasih buat seluruh penyokong yang diberitakan telah berada dalam virtual queue sejak awal pagi untuk melakukan pembelian,” kata kenyataan rasmi.

Sebanyak 78,000 tiket perlawanan akhir Piala FA 2022 telah diperuntukan kepada setiap kelab untuk dijual kepada penyokong masing-masing. Ia bermakna satu pasukan telah diberikan 39,000 tiket.

Ini adalah bagi memastikan tiket yang dijual dapat dibeli oleh penyokong pasukan finalis secara sama rata dan adil.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.

Pemain Sarawak United Sudah 4 Bulan Tidak Terima Gaji

Final Piala FA Serentak Dengan Konsert Dewa 19, Bukit Jalil Dijangka Sesak Teruk Pada 10 September

Gol Jarak Jauh Sean Selvaraj Dihantar Ke FIFA Untuk Pencalonan Anugerah PUSKAS

TRW Kelantan Jadikan Tuntutan Kes Fitnah Sebagai Sedekah