Nota: Artikel ini telah diterbitkan selepas mendapat kebenaran penulis Juan Budiman, dimana beliau telah memberikan pendapat beliau dilaman sosial Twitter. Gambar diatas adalah ketika beliau berada di China.

Seorang penyokong tegar pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) melalui laman sosial Twitter, menjawab beberapa persoalan yang mengatakan bahawa JDT adalah punca liga bola sepak Malaysia sudah menjadi bosan.

Saudara Juan Budiman dalam kenyataan balas kepada persoalan itu, telah memberikan sedikit penerangan mengenai bagaimana kelab JDT beroperasi, sebelum meneruskan jawapan beliau.

1.’Misconception‘ Dalam Bola Sepak Malaysia, Duit Tidak Mampu Beli Kejayaan.

Sebelum terus terjun menyangkal pelbagai dakwaan yang dilontarkan, beliau membuka perbincangan dengan memberikan beberapa penjelasan ringkas mengenai ‘misconception‘ dalam bola sepak Malaysia.

“Duit tidak mampu beli kejayaan.”

2. Struktur Dan Konsep ‘Feeder Club/Development’ JDT

Seterusnya, beliau menceritakan bagaimana struktur dan konsepĀ  feeder club/developmentĀ yang menjadi amalan JDT.

Maklumat lanjut boleh dibaca dalam thread dibawah.

3. Isu Berkaitan Dengan Financial Fair Play (FFP) Yang Perlu Difahami

Berkait dengan isu FFP ini, saudara Juan Budiman menjelaskan bahawa ada segelintir yang masih belum jelas mengenainya dan memberikan penerangan ringkas.

4. Masalah Utama Adalah Tahap Profesionalisme Pasukan Dalam Liga Malaysia

Selain itu juga, tahap profesionalisme pasukan-pasukan yang beraksi dalam Liga Malaysia yang masih tidak mahu mengikut perkara-perkara yang terkandung dalam AFC Club License Regulations (CLR).

Kebanyakan kelab dalam Liga Malaysia mempunyai masalah dalam ‘Financial & Business Criteria‘.

Pihak kelab juga mempunyai kesukaran untuk memahami kehendak CLR, dan pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan prihatin mengadakan Projek Pemerkasaan Ahli Gabungan (ACE).

5. Tiada Pemain Berstatus ‘Proven Star‘ Dibeli Oleh JDT

Menjawab persoalan yang dilemparkan, JDT ‘menyapu’ semua pemain ‘Proven Star‘, dimana pasukan pencari bakat JDT dan kenapa tidak membeli pemain yang berpotensi tinggi, ini jawapan saudara Juan Budiman kepada Ambok Izwan.

6. JDT Bayar Gaji Tinggi Kepada Pemain

Bagi menjawab persoalan ini pula, beliau telah merujuk kepada sebuah kajian yang telah diterbitkan dalam sebuah buku SoccernomicsĀ yang merumuskan bahawa, semakin tinggi gaji semakin tinggi posisi sesebuah pasukan itu dalam kedudukan liga.

Beliau juga turut menyarankan supaya para pembaca lain meluangkan masa untuk membaca buku tersebut dan fahamkan bahawa untuk menjadi juara, faktor kewangan pasukan perlu kukuh.

7. Liga Malaysia Sebenarnya Tidak Hambar Seperti Diperkatakan

Saudara Juan Budiman juga turut menyangkal dakwaan bahawa Liga Malaysia sudah jadi hambar seperti yang diperkatakan.

Beliau merujuk kepada laporan yang dikeluarkan oleh FIFA mengenai perpindahan keluar masuk pemain ke Liga Malaysia.

Berdasarkan laporan tersebut, Malaysia berada dikedudukan ke-7 bagi kemasukan pemain dan ke-9 bagi pemain yang keluar diperingkat Asia dan ke-2 ASEAN dibelakang Thailand.

Ini menunjukkan bahawa Liga Malaysia memiliki daya penarik tersendiri dan bukanlah ‘dire & boring‘ seperti diperkatakan.

8. Perkara Utama Yang Dipelajari Dari KOPSEL Untuk Selamatkan Bola Sepak

Menjawab kenyataan yang mengatakan bahawa 3 elemen penting dalam bola sepak seperti yang dinyatakan oleh Ambok Izwan iaitu;

  1. Pasukan
  2. Penyokong
  3. Duit

Juan Budiman menjelaskan bahawa, beliau telah mempelajari 3 elemen utama yang wajib ada bagi menyelamatkan bola sepak Malaysia dari KOPSEL adalah;

  1. Penswastaan
  2. Profesionalisme
  3. Integriti

Beliau juga dengan nada tegas menyatakan bahawa, sekiranya JDT dikeluarkan sekalipun, tanpa 3 elemen utama yang wajib ada diatas, sesebuah pasukan itu akan melingkup juga penghujungnya.

 

8 perkara diatas adalah jawapan yang diberikan oleh seorang penyokong tegar JDT dan juga Harimau Malaya, dan sekiranya anda mempunyai hujah dan fakta sendiri mengenai perkara ini, komen dan pendapat anda amatlah dihargai.