Disebalik kemenangan 5-2 KL City ke atas PSM Makassar di final Zon ASEAN Piala AFC 2022 semalam, terdapat insiden yang kurang enak berlaku selepas tamat perlawanan tersebut.

Berdasarkan rakaman video yang tular di media sosial, kelihatan segelintir penyokong KL City telah menyerang penyokong PSM Makassar yang sedang menunggu bas di luar kawasan Stadium KLFA, Cheras.

Malah, dua penyokong PSM Makassar dilaporkan mengalami kecederaan di muka dan cermin bas yang dinaiki oleh mereka turut pecah akibat dibaling batu.

“Penyokong tuan rumah, KL City tiba-tiba menyerang penyokong PSM Makassar yang menunggu di sekitar bas mereka selepas perlawanan berakhir. Dua penyokong PSM mengalami kecederaan, cermin bas yang dinaiki penyokong PSM juga pecah dibaling batu oleh penyokong tuan rumah,” kata akaun instagram dari Indonesia

Tidak dapat diketahui apakah punca serangan tersebut namun difahamkan ia dilakukan oleh sekumpulan samseng bola sepak yang digelar sebagai KL Casual.  Golongan ini sering menimbulkan masalah setiap kali bertemu pasukan rival dalam Liga Malaysia.

Bagaimanapun, insiden pergaduhan itu sempat dileraikan oleh pihak polis yang turut mengawasi kawasan tersebut. Namun, sudah tentu ia menjatuhkan imej bola sepak Malaysia dan mungkin bakal berdepan hukuman berat daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Tidak mustahil kelab Malaysia dihalang daripada beraksi di pentas Asia jika budaya samseng bola sepak ini tidak dibendung yang bermula dari Liga Malaysia sendiri.

Sebagai rekod, minggu lepas insiden pergaduhan tercetus di Stadium Hang Jebat membabitkan aksi tumbuk menumbuk antara penyokong Melaka United (MU) FC dan Sri Pahang FC.

Sebelum kejadian terbabit, kekecohan turut berlaku di Stadium Sultan Muhammad ke IV membabitkan penyokong Kelantan FC dan Perak FC sehingga menyaksikan bas pemain Perak FC dibaling dengan objek seperti batu dan botol.

Cegah segera sebelum menjadi parah!

Baca artikel lain mengenai perkembangan KL City melalui pautan dibawah.

Piala AFC 2022: KL City Juara Zon ASEAN, Bawa Pulang 100,000 USD

Shahidan Kassim Dilantik Sebagai Presiden KL City

Piala AFC 2022: ‘Tepisan’ Azri Ghani Bawa KL City Ke Pentas Final

KL City Berpeluang Ke Final Antara Zon Jika Dinobatkan Juara Zon ASEAN Piala AFC