Jaringan ketiga Kedah ketika aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia 2019 menentang Pahang semalam mengundang kontroversi sehingga mencetus perdebatan hangat dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan di media sosial.

Pada perlawanan yang berakhir dengan keputusan 5-5 itu, bola sepakan percuma Badrol Bakhtiar dikatakan sudah melepasi garisan gol namun menerusi rakaman video di laman twitter MFL_Live mendapati kedudukan bola adalah 50-50 dan sukar untuk ditentukan dengan mata kasar.

Bagaimanapun, pengadil perlawanan, Suhaimi Mat Hassan tetap membenarkan jaringan itu pada minit ke-85 sekaligus membolehkan Kedah mengheret perlawanan ke masa tambahan selepas kedudukan terikat 3-3.

Ia sekaligus menjadi topik perbualan hangat di media sosial sehingga peminat mempersoalkan ketiadaan kamera yang betul untuk merakam kedudukan bola tersebut.

https://twitter.com/Amiruluis/status/1188109533119299584

https://twitter.com/harimaumalaya7/status/1188138511213285376

Malah, mereka turut mencadangkan agar badan pentadbir liga iaitu Malaysian Football League (MFL) menggunakan teknologi garisan gol (Goal line technology) pada musim depan bagi mengelakkan kontroversi seperti ini berulang lagi.

https://twitter.com/ashraffyamen/status/1188107389985161216

Bagaimanapun, salah seorang penyokong kedah, Daud Ghani berpendapat jaringan tersebut adalah sah kerana pengadil tambahan yang berada di tepi gawang gol lebih mengetahui berbanding peminat bola sepak tempatan yang bergantung kepada tontonan video.

“Gol bad (Baddrol Bakhtiar) tiada kedudukan kamera yang betul untuk mengesahkan jaringan itu. Keputusan pengadil sudah dibuat dan tiada bantahan daripada pembantu pengadil,” katanya.

Sebab-sebab tiada penentuan sepakan penalti selepas perlawanan berakhir dengan keputusan 5-5.

Turut menjadi persoalan dalam kalangan penyokong ialah ketiadaan penentuan sepakan penalti bagi mengesahkan pemenang selepas perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan 8-8 secara aggregat.

Laman twitter penyokong Pahang, tokgajah.com mempersoalkan sama ada MFL menggunakan peraturan yang terkandung dalam buku manual pertandingan kelolaan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) ataupun Persekutuan Bola Sepak Eropah (UEFA).

Untuk menjelaskan persoalan ini, sebenarnya semua wakil pasukan sudah diberikan taklimat mengenai peraturan Piala Malaysia sebelum perlawanan bermula. Dan peraturan itu tidak pernah ditukar sejak tahun 2015 lagi.

Menurut apa yang difahamkan kepada kami, Piala Malaysia ada menyatakan dengan jelas mengenai peraturan jaringan di tempat lawan iaitu jika kedua-dua pasukan terikat dengan angka yang sama pada masa tambahan, pasukan pelawat akan dikira sebagai pemenang tanpa perlu diheretkan ke penentuan sepakan penalti.

Cuma mungkin tiada sebarang dokumen yang sahih untuk rujukan menjadi isu kepada umum mendapatkan maklumat lanjut.

Baca artikel menarik mengenai perkembangan separuh akhir Piala Malaysia yang berlangsung semalam.

Perlawanan Gila Di Stadium Darul Makmur, Kedah Jumpa JDT Di Final Piala Malaysia 2019

Polis Tembak Dron Yang Diterbangkan Secara Haram Di Stadium Shah Alam

Jurang Pemain Kedua-Dua Pasukan Menjadi Perbezaan