Newcastle Jets mengalami kekalahan ke-7 berturut-turut dalam saingan Liga Australia apabila baru-baru ini mereka tunduk kepada Melbourne Victory dengan keputusan 2-1.

Kekalahan ini turut diwarnai dengan penyokong Newcastle yang tidak berpuas hati apabila pemain tengah pinjaman, Liridon Krasniqi tidak diletakkan dalam kesebelasan utama dan hanya dimasukkan pada separuh masa kedua.

Tinjauan kami di laman media sosial Facebook kelab itu mendapati segelintir penyokong nyata kecewa dengan tindakan ketua jurulatih, Craig Deans meletakkan Liridon di bangku simpanan.

Penyokong berpendapat Liridon mempunyai kualiti untuk menghidupkan bahagian tengah pasukan dan beliau sepatutnya disenaraikan dalam kesebelasan utama, atau dimasukkan lebih awal sebagai pemain gantian.

Jets
Komen penyokong Newcastle Jets
Jets
Komen penyokong Newcastle Jets di Facebook

Kekalahan di tangan Melbourne Victory menyebabkan Jets kini menduduki tangga ke-11 dalam carta liga dan kedudukan ini nyata tidak disenangi oleh penyokong.

Seorang lagi pemain tengah pinjaman, Syahrian Abimanyu turut diletakkan di bangku simpanan dan beliau dimasukkan pada minit ke-89.

Baca artikel lain mengenai Liridon Krasniqi di sini:

Liridon Krasniqi Sekali Lagi Disenaraikan Dalam “Matchday Squad” Hadapi Perth Glory Esok

Craig Deans: “Liridon Sudah 12 Bulan Tidak Beraksi Dan Dia Perlukan Lebih Banyak Minit Permainan”

Guilherme de Paula Tersenarai Dalam Kem Latihan Harimau Malaya, Tiada Liridon Krasniqi Kerana Isu Kuarantin