Pengumuman perubahan nama dan logo pasukan Kuala Lumpur telah menjadi satu isu panas dikalangan penyokong setia mereka terutama menjelang sepak mula saingan Liga Malaysia musim 2021 ini.

Selain dari isu nama dan logo pasukan, penyokong pasukan Kuala Lumpur juga telah mula mempersoalkan kedudukan Tan Sri Annuar Musa selaku ‘The Patron’ pasukan yang mula dilihat memporakperandakan pengurusan sehingga membuat keputusan yang tergesa-gesa.

CityBoys12 melalui akaun Twitter mereka jelas menyatakan pendirian bahawa mereka mahu CEO pasukan iaitu Stanley Bernard untuk ‘menghambat’ Tan Sri Annuar Musa sebelum banyak lagi perkara yang tidak digemari berlaku.

Maklum balas dari penyokong-penyokong dilaman sosial juga rata-rata memperlihatkan perasaan ‘bengang’ mereka dengan isu yang dianggap memalukan terutama berkaitan dengan logo.

Berikut adalah beberapa luahan hati penyokong pasukan Kuala Lumpur yang sempat kami dapatkan untuk gambaran lebih jelas.

https://twitter.com/emirarif/status/1367541936748306434?s=20

Tanda pagar #TAMKeterehOut juga mula disebar dan digunakan untuk menzahirkan perasaan mereka terhadap Tan Sri Annuar yang membawa maksud mahu beliau disingkirkan dari pasukan Kuala Lumpur.

https://twitter.com/dhaoss/status/1367633098544844801?s=20

Ada juga yang menyatakan bahawa mereka mahu logo asal pasukan Kuala Lumpur seperti diatas dikekalkan kerana itu adalah identiti mereka sebenarnya – “Kekalkan Identiti, Biarkan Legasi.”

Turut diluahkan juga, mereka tidak mempedulikan jika individu itu berpihak kepada mana-mana parti politik sekalipun, tetapi jangan cuba buat ‘semak’ dalam pasukan bola sepak serta menunjukkan kepandaian.

“Tapi kalau kau semak dalam team bola sepak dan ada geng yang cuba tunjuk pandai, jalan keluar jer sesuai dengan anda”

MFL semalam secara rasmi mengumumkan pertukaran logo dan nama pasukan kepada Kuala Lumpur City FC dan ini adalah nama rasmi yang akan digunakan dalam aksi Liga Super 2021.

Dengan aksi Piala Sumbangsih 2021 yang akan berlangsung malam ini, penukaran logo dan nama pasukan disaat-saat akhir begitu amat sukar untuk diterima dan ramai yang melihat ianya adalah satu tindakan yang tidak sepatutnya berlaku selain dikhuatiri melibatkan pihak-pihak politik yang cuba menunggang pasukan.

Teruskan membaca artikel lain yang telah kami sediakan melalui pautan dibawah.

Apa Yang Penyokong Valencia CF Boleh ‘Expect’ Jika TMJ Muncul Sebagai Pemilik Kelab Yang Baharu?

Dalam Tempoh Kurang 2 Jam Dilancarkan, Jersi Away 2021 Selangor FC ‘SOLD OUT’ Begitu Sahaja

ZamSaham: “Jika Penyokong Tak Berkira, Saya Tidak Berkira Untuk Dapatkan Pemain Berkualiti Dan Fasiliti”