Sulaiman

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Setelah berjaya mendapatkan Daniel Ting yang secara rasminya diumumkan sebagai rekrut baharu, juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus bernafsu untuk menambah kekuatan pasukan tersebut apabila dilaporkan bakal membawa masuk pemain pertahanan dari Sepanyol, Jordi Amat.

Bercakap dalam sesi khas bersama peminat malam tadi, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, selaku pemilik JDT mengesahkan Jordi akan menyertai kelab tersebut pada musim ini bagi menggantikan tempat Mauricio Dos Santos.

Segalanya akan dimeterai kedua-dua belah pihak sebaik sahaja proses dokumentasi bagi mengesahkan taraf kerakyatannya sebagai Warga Negara Indonesia (WNI) selesai.

“Saya rasa dia akan jadi aset terbesar Indonesia kerana sudah bermain 100 lebih perlawanan di La Liga, 100 lebih perlawanan di English Premier League,” ujar Tunku Ismail bercakap dalam sesi tersebut.

Bagaimanapun, tinjauan kami di laman VOCKET FC INDONESIA mendapati perkembangan tersebut tidak disukai oleh para penyokong Indonesia.

Sebahagian daripada mereka mahu Jordi terus melanjutkan karier bola sepaknya di eropah kerana menyifatkan taraf Liga Malaysia lebih rendah daripada Liga Thailand, Jepun atau Korea Selatan.

Malah, terdapat juga penyokong Indonesia yang mendesak agar Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) membatalkan proses naturalisasi pemain tersebut kerana dilihat lebih banyak menguntungkan JDT.

Ada juga yang menyokong penghijrahan Jordi Amat ke Liga Malaysia kerana berpeluang beraksi dalam saingan AFC Champions League (ACL). Ini kerana Liga Malaysia bakal mendapat 2 slot automatik ke ACL 2023 berdasarkan kedudukan terkini ranking MA berbanding Indonesia yang hanya mempunyai slot play-off ACL.

Sementara itu, Instagram Jordi Amat turut dihujani dengan komen warganet Indonesia sambil meletakkan tanda pagar “Stayeurope” dengan harapan pemain tersebut kekal beraksi di liga sekitar eropah.

Individu yang bertanggungjawab dalam proses naturalisasi pemain tersebut iaitu Exco PSSI, Hasani Abdul Gani turut diserang oleh warganet Indonesia di laman instagramnya sambil dihujani dengan tanda pagar “Stop naturalisasi Amat”.

Amat yang kini berusia 30 tahun sebelum ini pernah menyatakan keinginannya untuk beraksi di dalam kancah bola sepak Asia selepas merasai pengalaman hampir 12 tahun di Eropah. Beliau memiliki darah Indonesia di sebelah neneknya.

Di Eropah, pemain pertahanan tengah itu pernah beraksi bersama Espanyol, Rayo Vallecano, Real Betis, Swansea City dan K.A.S Eupen dari Belgium. Beliau kini berstatus ‘free agent’ selepas berpisah dengan Kelab Liga Belgium, KAS Eupen bulan April lalu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Australia Sedia Jadi Tuan Rumah Piala Asia Dengan Syarat AFC Anjak Ke Tahun 2024

ACL 2022: Aksi JDT Menentang Urawa Red Diamonds Akan Berlangsung Di Stadium Saitama

Korea Selatan Hantar Permohonan Rasmi Bida Hak Tuan Rumah Piala Asia 2023

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group